Followers

Pages

Isnin, 13 April 2015

Isu Frasa Adverba Dalam Nahu Melayu Mutakhir (NMM)

Menurut Asmah Haji Omar (1993:315), frasa adverba bermaksud frasa yang berfungsi pada ajung ayat. Frasa adverba telah dibahagikan kepada dua iaitu endosentrik dan eksosentrik (Asmah Haji Omar, 1993). Frasa adverba endosentrik terdiri daripada satu kata adverba atau rentetan kata adverba (Asmah Haji Omar, 1993). Frasa adverba eksosentrik pula boleh terdiri dari frasa preposisi[1], frasa benda[2] atau frasa sifat[3] (Asmah Haji Omar, 1993:315).
Nik Safiah Karim et. al (2002) pula berpendapat bahawa istilah “keterangan” lebih sesuai digunakan kerana keterangan ini dapat menerangkan empat struktur frasa predikat utama dalam bahasa Melayu iaitu kata kerja, kata adjektif, kata sendi nama atau kata nama.  Walaubagaimanapun, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2013) tidak menerangkan adverba sebagai frasa sebaliknya mengelaskan kata adverba di bawah kata tugas. Kata adverba tidak dianggap sebagai golongan kata utama, bahkan golongan kata tugas, kerana tidak boleh menjadi unsur inti kepada konstituen frasa predikat, seperti halnya dengan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2013:289). Oleh itu, Nik safiah Karim et. al (2013) telah menggolongkan kata adverba kepada empat bentuk, iaitu kata adverba jati, kata adverba yang asalnya kata adjektif, kata adverba yang asalnya kata kerja dan kata adverba bentuk gandaan. Jadi, berdasarkan pembacaan dan kefahaman penulis mengenai frasa adverba di dalam Nahu Melayu Mutakhir (1993), wajarkah adverba diterima sebagai frasa dalam ayat bahasa Melayu?
Menurut Nik Safiah Karim et.al (2013:435), frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Maksudnya, frasa merupakan binaan daripada satu perkataan yang berpotensi untuk menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih (Nik Safiah Karim et. al, 2013). 
Menurut Nik Safiah Karim et. al (2013:473) lagi, frasa kerja yang mengandungi kedua-dua jenis kata kerja, transitif dan tak transitif, boleh menerima frasa keterangan. Frasa keterangan ialah unsur yang menerangkan kata kerja secara lebih lanjut lagi. Contohnya seperti dalam ayat di (a):

a.       Kanak-kanak itu dibawa ke hospital.
(Dipetik dari Utusan Online)

                Dalam ayat di (a), unsur yang dicetak condong ialah unsur keterangan yang terbentuk daripada frasa sendi nama. Nik Safiah Karim et. al menyatakan bahawa unsur keterangan tersebut sebagai frasa keterangan dan tidak disebut sebagai frasa adverba di dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2013:473). Frasa sendi nama (FSN) ke hospital dalam ayat (a) tergolong dalam kata adverba arah. (Dalam Nahu Melayu Mutakhir (1993), terdapat 29 golongan kata adverba). Adverba arah boleh diwujudkan sebagai kata nama tempat apabila mengikut kata kerja dibawa (Asmah Haji Omar, 1993). Jadi, berdasarkan contoh yang diberikan, frasa adverba masih realeven dalam bahasa Melayu. Perkara utama yang menjadi isu ialah penggunaan istilah “adverba” yang diistilahkan sebagai “keterangan” oleh Nik Safiah Karim (2002).
Walaubagaimanapun, kita perlu sedar bahawa binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua konstituen utama, iaitu subjek dan predikat (Nik Safiah Karim et. al, 2013). Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu seperti 4 pola berikut iaitu FN+FN, FN+FK, FN+FA dan FN+FS. Tidak disebutkan frasa adverba di dalam pola tersebut sebagai konstituen yang boleh membentuk ayat dasar bahasa Melayu.

Kata adverba tidak dianggap sebagai golongan kata utama bahasa Melayu kerana tidak boleh menjadi unsur inti kepada konstituen frasa predikat. Kata ini hanya berfungsi sebagai keterangan. Oleh hal yang demikian, tidak wujud frasa adverba (F Adv) sebagai frasa utama binaan ayat bahasa Melayu. Frasa utama yang ada hanyalah FN, FK, FA dan FSN, dan semua frasa ini dapat menjadi unsur inti kepada konstituen frasa predikat.




[1] Frasa preposisi ialah frasa yang unsur pemulaannya ialah kata depan atau preposisi, dalam struktur preposisi + x, dengan syarat x boleh mewakili mana-mana golongan kata atau subgolongannya (Asmah Haji Omar, 1993:311).
[2] Frasa benda ialah kata, frasa atau klausa yang menganggotai golongan benda (Asmah Haji Omar, 1993:355). Frasa benda boleh mewakili kata, frasa atau klausa nama, kata atau frasa bilangan dan kata ganti nama (Asmah Haji Omar, 1993:355). 
[3] Frasa sifat ialah frasa yang intinya merupakan kata sifat (Asmah Haji Omar, 1993:298).

Sabtu, 7 September 2013

USM.. Destinasiku Seterusnya..



Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebuah universiti awam di Malaysia. Kampus utamanya terletak di George Town,Pulau Pinang. Terdapat tiga kampus lain iaitu satu di Seberang Perai dan satu lagi di Kelantan dan satu "offshore" kampus yang menawarkan kursus sains perubatan di Uttar Pradesh, India.USM mempunyai jumlah pelajar sekitar 29,789 orang pada 2006. Ini menjadikannya ia sebuah universiti terbesar di Malaysia dari segi bilangan pelajar.
Universiti Sains Malaysia merupakan salah sebuah daripada lima universiti yang bertaraf universiti penyelidikan intensif di Malaysia.Ini jelas mencapai misi dan visinya menjadi universiti bertaraf dunia melalui program penyelidikan bertaraf dunia dengan perancangan dan pelaksanaan aktiviti R&D. Universiti ini mendapat sokongan daripada kakitangan akademik dan sumber manusia yang cemerlang untuk menjayakan misinya. -sumber wikipedia.

Oleh itu, saya memilih Sarjana Sastera Bahasa Melayu di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan sebagai pilihan.

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan ialah salah sebuah sekolah yang paling awal yang akan ditubuhkan di Universiti Sains Malaysia dan salah satu yang terbesar untuk menawarkan kursus seni berasaskan. Sejak penubuhannya pada tahun 1970, sekolah telah membina reputasi sebagai salah satu daripada fakulti Kemanusiaan terkemuka di negara ini.
Kursus yang ditawarkan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan direka untuk mencapai matlamat kita untuk mencapai kecemerlangan akademik dan menghasilkan pelajar yang bulat. Kurikulum itu dibentuk khusus untuk menghasilkan graduan yang mampu untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di negara ini dan bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran di tempat kerja dalam era ini ICT dan globalisasi.
Selaras dengan matlamat ini, sekolah itu dilengkapi dengan kemudahan yang relevan untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuk makmal komputer (bahasa mentafsir, audio visual dan GIS), makmal fizikal (hidrologi, geografi fizikal, kartografi), bilik sumber, bilik mikrofilem dan bilik pascasiswazah.
Penyelidikan dan penerbitan adalah keutamaan utama di sekolah ini. Dikendalikan oleh kakitangan akademik dan sokongan yang berpengalaman, berdedikasi dan berkelayakan, ahli-ahli sekolah terlibat secara aktif dalam projek-projek penyelidikan yang banyak menjurus ke arah memenuhi permintaan kompleks dan khusus masyarakat kontemporari.

Ahad, 26 Jun 2011

Duit / wang / ringgit


M. Nasir - duit.
Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit

Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit

Aboi – Duit-duit
Kepala pening-pening saku tak de isi
Kalau mahu duit belajar cari sendiri

Bila sudah besar baru engkau tahu
Berapa punya susah cari makan sendiri

Cakap orang tua kena ambil kira
Kita orang muda jangan buang masa

Masa anak kecil emak bapak jaga
Bila anak besar jagalah mak bapak

Duit, duit, duit... mana engkau duit
Duit, duit, duit... kena cari duit

Sweet September - Nak Kahwin Duit Tak Ada

Ku kenal dia
Aku jatuh cinta
Oh sungguh manisnya
Aduh manisnya

Tapi apa daya
Ingin ku meminangnya
Duit tak ada
Aku hampa

Di mana ku cari
Mintak pada ayah mintak pada ibu
Pinjam pada abang pinjam pada kawan
Aku malu

Duit tak ada
Tapi hati ingin kawin
Apa daya ku
Woohh woohh kawan



Semua tahu tak kepentingan duit? Kalau duit tak kan la tak tau apa kepentingan dia kan. Dah berbelas tahun pakai duit. Tak ada org beli pakai daun. Lagu di atas ada menceritakan pasal duit.
Semua tahu tak kenapa pentingya kesedaran terhadap masalah kewangan dan pentingya cara pengurusan wang?
Jawapannya kerana harga barang sentiasa naik dan terus naik. Bukankah ini faktor yang menyebabkan anda perlu sedar tentang kewangan dan cara menguruskanya. Di dunia ini tidak wujud masalah kewangan tetapi masalahnya ialah cara anda menguruskan wang. ( sebenarnya nak lepas geram kes beli telur ayam tadi. Ayam naik harga, telur ayam pon naik harga.) Tp betul la, ibu ayam naik harga, tak kan telur ayam x naik harga.

Berbalik kepada persoalan tadi, harga barangan hari ini sentiasa naik tidak mengira benda itu akan habis atau tidak. Benda yang tidak habis seperti gula,susu dan sebagainya pun harganya naik apatah lagi harga barangan yang akan habis seperti minyak yang harganya lebih cepat naik dan melambung tinggi.Jadi kesimpulanya semua harga barangan akan naik, jadi jika anda tidak mempunyai cara menguruskan wang dengan baik anda akan sentiasa dihantui dengan masalah kewangan. Jika anda mahu bebas kewangan kuasailah ilmu menguruskan wang!!!
         Kepada masyarakat yang mempunyai sikap membazir hendaklah tanam sikap berjimat-cermat kerana jika anda membazir diri sendiri akan rugi dan bukan orang lain yang rugi. Cepat-cepatlah bertindak sebelum terlambat!!
p/s : Pesanan ini di bawa khas oleh Zaman Mohammad

Sabtu, 25 Jun 2011

Mimpi Awal Pagi

Kehidupan adalah suatu realiti. Menjadi kenyataan di mata kita sendiri. Ramai yang sering berada di alam fantasi. Alam yang penuh angan dan mimpi.
Aku sering bermimpi.. mahukan sesuatu yang diidam dan diingini.. menjadi rebutan setiap lelaki..
Angan dan mimpiku pasti menjadi.. jika usaha di atas kaki sendiri.. tanpa mengharap ihsan di hati..
KAU pasti akan ku miliki..jika bukan esok, pasti suatu hari, kau akan ku temui.. hanya tunggu dan nanti..
                                                                          -mimpi awal pagi oleh Zaman Muhammad-

Sabtu, 30 April 2011

Kellie's Castle / Istana Kellie



William Kellie Smith, seorang peniaga yang berasal dari Scotland membina istana ini untuk isterinya Agnes. Istana ini dibina di atas tanah pemilik estate iaitu Alma Baker yang merupakan rakan perniagaannya.
Istana ini dibina pada tahun 1915 oleh tenaga kerja dari Madras, India. Kellie mengagumi budaya Hindu dan kerana itulah beliau menggunakan tenaga kerja dari India. Istana ini tidak dapat disiapkan kerana semasa proses pembinaannya beberapa tragedi buruk berlaku terhadap pekerja-pekerjanya seperti wabak Spanish yang mengorbankan beberapa orang pekerja dan antara sebab yang lain ialah berlaku peperangan dunia kedua yang terus membantutkan usaha pembinaannya.
Pada tahun 1926 ketika Kellie berkunjung ke Portugal untuk menempah lift yang akan digunakan di Istananya , beliau mengalami masalah radang paru-paru dan meninggal dunia di Portugal. Lift yang ditempah merupakan lift pertama yang akan diguna pakai di Malaya pada masa itu dan merupakan lift pertama di Malaysia tetapi beliau tidak sempat membawa lift itu ke Malaya. Isterinya yang masih berada di Malaya pada masa itu terus berpindah ke Scotland dan Kellie's Castle dijual kepada syarikat Harrisons & Crossfied.
Kini, Kelly Castle masih berdiri kukuh di tempatnya dan diambil alih penjagaannya di bawah syarikat persendirian dengan pemantauan dari kerajaan negeri. Kisah-kisah misteri di Kellie Castle turut juga menjadi tumpuan, kerana ada dikalangan penduduk di sekitar istana itu pernah melihat lembaga misteri di dalam dan sekitarnya. 
Itu merupakan sejarah istana tersebut. Hari ini, aku sempat melawat istana yang beabad usianya itu. Dibawah merupakan anatar kenangan yang sempat aku rakamkan bersama rakan-rakan aku. harap you all enjoy..