Followers

Pages

Selasa, 22 Mac 2011

Sabtu, 5 Mac 2011

"Kerana Pulut Santan Binasa Kerana Mulut Badan Binasa"

Pepatah melayu berbunyi:
"Kerana Pulut Santan Binasa Kerana Mulut Badan Binasa"

Aku tak pasti kenapa pulut boleh binasakan santan, tetapi kalau kerana mulut pasti badan binasa.

Kalau kita suka bawa cerita sensasi sama ada benar (mengumpat) atau tipu (fitnah), maka gerenti kita dpt dosa. Di akhirat kelak pasti musnah. Dosa dgn Allah, minta ampun dgn Allah, Allah pasti ampunkan sebab Allah Maha Pengampun. Dosa sesama manusia, kena le minta ampun dgn manusia, masalahnya manusia bukannya Maha Pengampun.

Ada satu cerita, ada seorg budak perempuan sudah melahirkan anak luar nikah, mak bapa pasti susah hati. Kita nak cakap apa pun susah. Maka ada satu makcik dia sudah berkata "kalau anak aku le, dah lama aku cincang". Lepas tu cerita la pasal perangai buruk perempuan tu. Buka segala pekung budak tu dari mula lagi. Aku pun dah lama tahu perangai budak perempuan tu, tetapi aku malas nak ungkit atau cerita, pasal aku pun ada 2 org anak dara. Aku cuma berdoa agar perkara tu dijauhkan dari anak-anak aku.

Mungkin Allah itu hendak menunjukkan sesuatu, walaupun anak kita ni lulusan agama, patuh pada perintah agama dan tak keluar dating-dating ni, tetapi iman bukan urusan kita. Kita mungkin tergolong dlm golongan org yg rajin beramal dan mungkin masuk golongan beriman, tetapi yg pasti iman tidak boleh diwarisi. Baik macam mana didikan kita, halal macam mana rezeki kita, kalau dah ketentuan ilahi yg kita akan mempunyai anak yg jenis kahwin dulu baru nikah, maka jadilah. Bila tahu anaknya mengandung, tidak pulak dicincang anaknya. Ye la, sapa tak sayang anak. Itu satu contoh kerana mulut badan binasa.


Ada juga diantara kita suka bebenor mencaci makanan, bila rasa makanan tu tak sedap, cepat aje mulut berkata
"tak sedap langsung, rasa macam taik" dan suka bercerita kat orang lain akan ketidak sedapan masakan orang itu. Kalau rasa tak sedap, tak payah makan, jangan la hina makanan tu. Rasullulah sendiri, kalau isteri masak terlebih masin, beliau tidak pernah komen. Apa yang Rasulullah buat adalah menyuap makanan yg masin tu kan isteri beliau. Bila isteri terasa masin, tahu la dia yg masakan dia tak sedap. Kalau masakan tu tak kena dgn tekak kita, jgn le kata apa-apa, jangan makan. Mudah aje.

Akhirnya Allah tarik balik nikmat rasa makanan, apa yg dimakan semua tak sedap, minum air pun muntah. Jenuh jumpa doktor, diagnos doktor tiada apa yg masalah. Doktor sekadar kasi ubat tahan muntah dan vitamin. Aku scan, ini macam kes 'sumpahan makanan'.
Amikla iktibar disebalik yg tersirat..

Selasa, 15 Februari 2011

Bukit Merah Lake Town

Gambar nie cuna hiasan semata-mata

Assalamualaikum.. Entry kali ni Zaman nak berkongsi pengalaman bercuti di Bukit Merah Lake Town.. Ini merupakan pengalaman bercuti paling best la.. huhu.. Terdapat 3 tempat yang menarik disini iaitu Waterpark, Echopark dan Pulau Orang Utan. Bayaran untuk pakej kombo bagi ketiga-tiga tempat ialah RM65 untuk 2 hari. Nk amik satu2 pun boleh. Terpulanglah kepada korang.. Tapi, Zaman amik kesemua la sbab bukan senang nk datang sini..

Ini merupakan senarai harga untuk tiket bayaran masuk untuk kesemua tempat k.



Untuk lawatan pertama, zaman bersama crewnya (cik puan dialah) melawat Pulau Orang Utan. Best sangat sebab dapat melihat spesies yang smakin pupus ini. Yang lawaknya, terdapat orang Utan yang bernama Mat, Sonia, dan apa nama ntah lagi.



Dan yang menarik lagi, Orang Utan mempunyai 98% DNA yang sama dengan manusia. Bilangan gigi juga adalah sama dengan manusia iaitu 32. Yang paling penting lagi, kitaran haid dan masa mengandung pon sama dengan kita. Maksud Zaman ialah sama dengan perempuan. Tapi ingat, jangan samakan perempuan dengan orang utan ye.. nanti kena cubit sbab Zaman dh pon kena. huhu..

Kami turun dari bot untuk pergi ke Echopark

Namanya Binturong..Comel sih..

Seterusnya ialah Echopark. Tempat binatang yang paling best. Korang pernahh dengan Binturong? Spesies yang sangat comel... Di dalam Echopark lagi ada arnab, tupai, hamster, memerang, monyet kecik (comel), nuri dan macam2 lagi. Semuanya comel2 dan manjja2. Rasa macam x nak balik. Nak duduk ja dalam tu samapi puas. Tapi apakan daya, waterpark memanggil-mangil.. huhu..


Seterusnya, kami menaiki cabel chair untuk turun ke waterpark. dari atas kami dapat melihat pemandangan menarik kawasanb mandi-manda. teringat jugak kenangan mandi-manada bersama kawan2 di Lost World of Tambun suatu ketika dahulu.




Demikian saja pengalaman Zaman bersama crewnya untuk percutian pada kali ini. Jumpa lagi nanti k.

Ahad, 23 Januari 2011

Ikan Siakap Kuala Kangsar



Ikan siakap 3 rasa di Kuala Kangsar mempunyai rasanya yang agak unik. Zaman Mohammad pernah merasainya ketika bulan Ramadhan baru-baru ini. Oleh kerana teringin merasai ikan siakap di tempat lain, ingin juga mengubah angin dari Ikan Sakap 3 Rasa Batu 6 (sila rujuk entry sebelum ini). Jadi, Zaman Mohammad memandu kereta dari Ipoh menuju ke Kuala Kangsar dengan harapan untuk mencari ikan siakap terbaik di Kuala Kangsar. Lebih kurang sejam memandu, ada sejam lagi untuk berbuka puasa. Puas Zaman merantau untuk mencari kedai ikan bakar terkenal di situ. Setelah 30 minit mencari, akhirnya Zaman terjumpa sebuah kedai yang agak tersorok di dalam kesibukan jalan raya pada ketika itu kerana orang ramai ingin pulang ke rumah untuk berbuka. Pencarian zaman Mohammad akhirnya berbaloi kerana makanan yang disediakan memang enak sekali. Memang berbaloi walaupun dari jauh datang untuk menikmati makanan tersebut. Pasal makan, jarak kurang diambil perhatian oleh Zaman MOhammad. Inilah Ikan Siakap 3 Rasa Kuala Kangsar.


Ada Soam Tam, Ikan Siakap 3 Rasa, Tom Yam, Nasi Putih dan air. Hidangan disediakan untuk 2 orang. Modal yang diperlukan hanya RM 30.00. Kalau datang ke Kuala Kangsar, dapat makan dan dapat berjalan-jalan. Bak kata pepatah Arab, "Jalan-jalan Cari Makan"..

Jumaat, 21 Januari 2011

Nasmir Pesisiran Sungai Kinta



Kedai makan Nasi Kandar Nasmir Pesisiran Sg Kinta terletak di tengat-tengah bandar Ipoh. Lokasinya begitu strategik kerana terletak bersebelahan dengan Sg Kinta dan jalan menuju ke Stesen Keretapi Ipoh. Ini antara makanan yang biasa di pesan oleh Zaman Mohammad semasa berkunjung ke kedai makan tersebut.
Siapa kata mamak tidak pandai buat tom yam? Walau pon rasanya agak kurang berbanding gerai tom yam di tempat lain, tetapi tidak bermakna ia tidak sedap. Nasi kandar yang disediakan juga mempunyai pelbagai jenis lauk pauk. Antaranya ayam madu, daging kurma, ayam goreng dan macam-macam lagi.
Landskap bagi kedai makan ini pula sangat cantik. Terdapat kolam renang untuk kanak-kanak bermandi manda di situ. Sesiapa yang tidak pernah berkunjung ke situ sementara masih di Ipoh maka sangat rugilah ia. huhu..

Ini antara makanan kegemaran Zaman Mohammasd ketika berkunjung ke kedai makan tersebut. Sangat lazat dan rangup.

Selasa, 18 Januari 2011

Pesembur Padang Kota





Padang Kota merupakan satu tempat yang menarik untuk pengunjung atau pelancong yang berkunjung ke Pulau Pinang. Selain tempatnya yang menarik, tempat makanannya juga tidak kurang hebatnya. Bagi penggemar makan laut, inilah tempatnya.
Tapi, Zaman Mohammad ingin mengenalkan pembaca dengan pesembur yang begitu terkenal di sini. Memang sedap tapi harganya jangan terkejut bila bil tiba. Memang agak mahal tetapi berbaloi. Sepinggan sahaja boleh dikongsi 3 hingga 4 orang.
Lihat gambar Zaman Mohammad bersama rakan-rakan yang mengunjungi Padang Kota Lama.






* Tidak lengkap jika anda datang ke Pualau Pinang tetapi tidak merasai kelazatan Pesembur Padang Kota. The Best la!!!

Ikan Siakap 3 Rasa Batu 6

Bagi penggemar ikan siakap, disini Zaman Mohammad ingin berkongsi kesedapan ikan siakap 3 rasa yang terletak di Tambun, Ulu Kinta Ipoh. Kedai Tomyam Batu 6 merupakan kedai makan yang agak terpencil di bandar Tambun.
Sebenarnya jika ada duit lebih, Zaman Mohammad akan selalu berkunjung ke kedai makan ini untuk menikmati ikan siakap 3 rasa. Ikap siakap yang digoreng rangup disalut dengan ramuan kuah 3 rasa yang manis, masam dan masin. Pastinya sedap sehingga menjilat jari.
Biasanya ikan sikap 3 rasa ini tidak lengkap jika tidak disertakan bersama tomyam campur yang panas. Tomyamnya yang asli melengkapkan lagi rasa ikap siakap 3 rasa tersebut. Jangan dilupa nasi putih juga.
Bajet untuk 2 orang bagi menu ini dalam lingkungan RM30 sahaja. Pastinya mengenyangkan dan sangat berpuas hati.

Terdapat beberapa tempat makan menarik lagi di Ipoh. Pastikan anda sentiasa membaca post-post terbaru dari SECAWAN HORLICK..