Followers

Pages

Selasa, 9 November 2010

Drag di Kg Gajah

Assalamualaikum.. Salam sejahtera kepada pembaca setia Secawan Horlick. Aku nak citer pengalaman aku gi tengok drag kat Kg Gajah. Fuh!! Best, gempak, dan segala macam pujian aku berikan kepada driver2 dan kereta2 mereka. Bidang automotif mereka memang pro la beb. Korang leh tengok koleksi gambar-gamabr aku semasa di Drag Kg Gajah tersebut kat bawah ni. Enjoy k.


















Kebanyakan acara yang dipertandingkan seperti kategori mivec, 1.5 cc, 1.6 cc, vitec kecik, vitec besar, open cc dan mcm2 la.. aku pon bukan tau sangat. Jarak standart yang diorang guna untuk drag ni 400 meter. Yang masuk dalam drag ni bukan calang-calang orang k. diorang ni antara mekanik terkemuka termasuk la dari Penang dan KL. So, semua berkumpul dan bertanding di Kg Gajah, Perak.

Antara yang menarik minat aku ialah kereta Honda CRX hitam dr geng ADVANCETECH.. diorang ni power siot. Game bulan 10 ari tu pon diorang menang. Best la.. Gempak sangat.

So, untuk peminat-peminat kereta, jom kita ramai-ramai memeriahkan lagi Kg Gajah di Perak pada 2hb Januari 2011 plak.

Kalau lambat sangat, x sabar nk tggu tahun dpan nk tengok drag, pergi la pusing ipoh setiap malam hujung minggu. InsyaAlalh ada.. huhu..

Assalamualaikum..

Sabtu, 6 November 2010

Banjir di Perlis

Assalamualaikum.. Segala puji bagi Tuhan sekalian Alam.. Setipa yang berlaku, musibah dan bahana yang menimpa ada hikmahnya. Begitu juga dengan kejadian banjir yang berlaku di utara semenanjung kita baru-baru ini. Hujan lebat yang berpanjangan selama beberapa hari telah mengakibatkan banjir besar berlaku di Perlis dan Kedah.
Aku yang berada di Ipoh tidak menyembunyikan diri di sini, sebaliknya sebaik saja mendapat berita banjir besar dan terburuk dalam sejarah selain banjir tahun 1988 dari ibu aku, aku segera pulang ke kampung. Selain mengambil beberapa kesempatan pada musim banjir ini, aku juga hendak menolong ibu aku membersihkan rumah dan mengangkat barang-barang yang perlu.

Ini antara gambar yang sempat aku rakam di Kangar semasa perjalanan pulang ke kampung aku.





Ini gambar sebelum sampai rumah aku. Bila dah sampai kampung, alih-alih jalan pulak ditutup kepada kenderaan ringan kerana air dalam. So, aku yang kereta jenis ringan ni kena la patah balik dan memaking kereta di rumah kakak aku. Nasib baiklah rumah kakak aku tidak ditenggelami air banjir.

Lepas ja aku pon parking kereta rumah kakak, aku pinjam la motor wave 125 kakak aku sebab nk balik tengok rumah. Ni gambar dalam perjalanan nk balik rumah aku dalam kampung aku. Tengok betul-betul tau.. Mana tau dapat tengok cacing dengan lintah.









Aku pon mengambil peluang yang ada sempena musim banjir nie. Aku memukat ikan la.. haha.. Antara ikan yang aku dapat seperti ikan putih, lampam, ikan keli, dan puyu.


Ni antara pukat yang digunakan oleh aku. haha..


Ni ja la yang dapat aku kongsi ngn korang. Hope lepas ni dah x da banjir besar mcm ni sebab mengakibatkan banyak kerosakan harta benda dan tanaman. Sama-sama kita berdoa kepada Allah agar dijauhkan segala musibah. Amin..

Jumaat, 29 Oktober 2010

Perlis

Assalamualaikum.. Perlis Indera Kayangan merupakan negeri terkecil dalam Malaysia. Walaupun keluasan negeri yang kecil, ia mampu menjana ekonomi dan keharmonian rakyat yang berbilang kaum. Dibawah pemerintahan Dato' Dr. Mat Isa bin sabu, Perlis kini mampu bersaing di peringkat global. huhu.. x percaya? aku boleh buktikan... haha.. tengok gambar di bawah.
Harum manis di eksport ke luar negara seperti Jepun, Brunei dan sebagainya.

Harum manis merupakan sejenis mangga yang hanya terdapat di negeri Perlis. Oleh kerana buah harum manis ini hanya terdapat di negeri Perlis, maka ia menjadikan buah ini popular dan berkelas tinggi. Sekilo boleh mencecah sehingga RM 11. Walau bagaimana pun, harga buah ini mengikut gred yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis.
Ni pokok dia.

Ni buah dia. Nak tengok isinya belah sendiri. huhu..

So, bagi mereka yang teringin merasai kelazatan buah ini boleh la berkunjung ke negeri Perlis dalam hujung bulan April kerna biasanya musim buah harum manis ini pada hujung bulan April. Ada banyak lagi tempat menarik di negeri Perlis. Jadi, kalau nak tahu apa lagi tempat menarik di negeri Perlis, teruskan mengikuti blog SECAWAN HORLICK ini.. Jumpa lagi.. Bye

Rabu, 27 Oktober 2010

Dusun

nampak tak dh ken atebuk tupai. jahat betul..

Aku ada la dusun buah-buahan. Bukan aku la, ayah aku. Aku tumpang ja. huhu.. Kalau musim kat Perlis, hujung bulan 7 baru boleh makan buah. Lain plak dengan belah-belah Taiping, setahun 2 kali boleh makan buah durian. Yang menarik perhatian aku nie, pokok durian pon ada nama timangan dia masing-masing tau. Nie yang korang nampak kat atas tu durian buah Tok Cheng. Mungkin pokok ni ditanam sezaman dengan Tan Cheng Lock maybe. huhu.. pokok lainnya, Tok Teh sebab isi durian putih, Tok Ning sebab isi durian kuning dan mcam2 la.. Nak tengok buah Tok Ning tengok gambar model buah di bawah. huhu..

Lihatlah betapa comelnya buah durian itu bersama modelnya.. comelkan?

Tu la buah Tok Ning.. Comelkan? Yang model tu sah-sah la comel.. huhu.. Ada beberapa jenis durian yang aku tahu la. Antaranya durian kahwin sebab dikahwinkan dan durian Belanda sebab Alfanso de Albukaki yg bawak mai dari rumah dia waktu mai Tanah melayu dulu. huhu..

Dusun buah-buahan ni x la besar mana sangat. Tapi cukup untuk 3 buah keluarga datang nak makan tengah hari kat sini. Slalunya yg datang family kak Long aku, Kak Ngah, sepupu aku..
Ayah aku rajin tebas..sebab tu nampak bersih ja dusun i. kalau tak, naik hutan habis la..hilang habis pokok rambutan, manggis dan sebagainya.
Hope u all will enjoy wif my presentation about Dusun k. huhu.. See u all nest time.

Beruk Kentei

merenung masa depan.

Apa yang korang tengok kat atas tu bukan Teh tau. Kalau sapa yang dh baca post sebelum ni tau la Teh tu sapa. huhu.. Nie beruk kutub utara yang sempat dibela sebulan oleh my father n me. Orang kampung aku panggil spesis ni beruk kentei.


possing ala peter pan.

Waktu first time ayah aku bawak balik dia ke rumah, sayu ja hati ku tengok dia. baik sangat. aku tengok dia. Dia tengok aku then kami berkenalan di situ. huhu.. Dia nie budak lagi. Dalam setahun jagung tu ada la kot. Sebenarnya ayah aku bawak balik dia nie sebab nk suh temankan Teh yang kesepian kat belakang rumah tu. Tp oleh sebab mereka ni berlainan spesis, maka ayah aku pon menyerahkannya beliau kepada penjaga yang lebih layak.

Tengok.. betapa dia begitu selesa dalam pelukan aku. huhu.. Aku sayang gila kat dia. Rasa berat hati sangat nk lepaskan dia pada orang lain.






Sebenarnya korang jangan salah paham. Beruk dalam usia ni dh putus susu. Dah berpisah dengan mak dia. Mak dia dh tak terima dh anak besar ni. Dia suruh berdikari dan pandai-pandai la cari makan sendiri. Tp mungkin dia baru berpisah dengan mak dia, jd anggap aku ni sebagai mak angkat sebelah tok wan dia. Tak pa.. Oleh sebab ko comel, aku boleh trima ko. huhu..




*p/s: wahai beruk kutub utara, rindu betul aku kat ko. Even ko brada dengan family aku hanya sebulan, kenangan kami bersama mu x kan kami lupakan. Hope u will be happy wif your new family.

Selasa, 26 Oktober 2010

Haiwan Peliharaan

Assalamualaikum murid-murid. Hari ni cikgu nak ajar tajuk "Haiwan Peliharaan". Mesti murid-murid ada haiwan peliharaan di rumah kan seperti kucing, arnab, hamster dan sebagainya.
Cikgu pun ada haiwan peliharaan kat rumah. amu semua tengok gambar di bawah dengan teliti dan bukak mata luas-luas. Jangan tengok lama-lama. Takut nnt kamu semua tak tidur malam plak nanti. huhu..

Lihat lah betapa seksinya binatang ini.

Teh merupakan seekor beruk parsi yang hidup di rumah pak Ayub aka bapak ckigu. Beruk aka Teh ini jarang sekali dijumpai di kawasan hutan khatulistiwa seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, semenanjung Malaysia dan termasuk kepulauan Borneo. Kehidupan Teh begitu damai dan tenteram dan juga happy di samping pak Ayub. Teh la yang menyinari kehidupan keluarga pak Ayub di rumah.


Aksi Teh mencari kutu di kediaman beliau.



Beliau begitu sedih mengenangkan pak we beliau yang jauh di perantauan.



Sebenarnya Teh digunakan untuk mengambil buah nyiur aka kelapa. Teh la merupakan pekerja tetap Pak Ayub. Tanpa Teh, kami sekeluarga sukar untuk mencari sesuap nasi. Nak mengharapkan bendang yang sekangkang kera itu tidak cukup untuk menampung pembelanjaan kami sekeluarga. Terima kasih Teh. Pengorbanan mu tiada ternilai untuk kami sekeluarga. Ayah, mak.. jaga lah Teh elok2..

* Time aku sdey, Teh macam paham perasaan aku. Dia hilangkan kesedihan aku dengan usapan tangannya yang kecil. Seolah-oleh aku berada dengan seorang manusia jadian yang menyerupai beruk. Korang akan ada perasaan tu kalau korang berada dekatnya nanti. Percayalah.. Saya percaya.. Kamu???

Rumah ku Syurga ku

Ada rumah kat tengah-tengah bendang tu...

Dh dekat 2 bulan x balik rumah. rasa rindu sangat kat rumah. jdi, nk lpas kan rindu aku pon nk luahkan kat dalam blog ni. hum..
Apa yang korang tengok kat atas ni gambar rumah aku.. yang tak jelas tu kena zoom la skit.. celik mata luas-luas.. huhu.. rumah aku betul-betul di tengah bendang.
Aku ni orang kampung ja. Orang kampung mcm aku ni biasa la, bila masuk town jadi jakun la skit.. Jakun tu korang cari la kat Kamus Dewan ye.. Kebanyakan orang kampung aku jadi petani menguruskan bendang dan kerja-kerja kampung. Termasuklah ayah dn bonda tercinta. Rezeki dan periuk nasi kami bergantung kepada bendang yang korang nampak kat atas tue.
Dulu aku selalu bayangkan aku menjadi anak orang kaya. saja syok-syok bayang.. kyayalan peringkat tinggi punya.. haha.. tp aku sedar, untuk menjadi senang dan kaya kita harus berusaha dan percaya akan rezeki Tuhan.

Nak tengok gambar rumah aku jelas skit? Kali ni x payah buka mata luas-luas.. Jauhkan mata anda skit dari monitor. Takut rosak mata tu plak nanti.

Ni la rumah ku syurgaku.. baru lepas renovate..

Dulu rumah aku rumah kayu. Dua tingakat bawah simen atas kayu. Simen pon just simen half ja.. Tapi rumah aku dulu seram beb. Bahagian atas rumah tak ada sapa jejak kaki. Bila dh lama x naik, faham-faham la.. Rumah yang ditinggalkan lebih daripada 3 hari akan dihuni oleh penghuni misteri. Rumah atas aku plak berbulan-bulan tak dak sapa nak naik. Ye la..yang ada kat rumah tu pon just aku, mak n ayah ja. Jadi, aku bagi cadangan kat ayah, jom kita renovate rumah ni buat rumah batu full simen. huhu.. ayah aku pon bersetuju dan menyuruh aku membuat kertas kerja untuk diserahkan kepada mak aku. ye la.. nk buat lulus bank kena dapat kebenaran mak dulu.. ayah aku pon takut kat mak.. haha.. korang jangan takut bini k.
Jadi, terbina la rumah ni mengikut ala kadar saja.. simpanan x banyak jd cuma rumah mcm ni ja la yang mampu dimiliki kami sekeluarga. Pada aku rumah hanya tempat untuk kita berteduh dan berlindung. Walau mcm mana pun rumah kita, yang penting kita bahagia dengan keluarga kita. Rumah aku syurga aku.. rumah korang syurga korang la.. Jmpa lagi kat nest post.. Salam.