Followers

Pages

Rabu, 14 Julai 2010

2- S. M. K. AGAMA



Suasana pagi penuh nyaman menyelinap masuk ke hidung Adie. Perasaan segar yang memang menjadi temannya setiap pagi sejak dia bersekolah tadika lagi. Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Baginya waktu itu terlalu awal untuk dia bangun.

“Lambat lagi ni. Tengok tv la”, bisik Adie yang bersendirian di rumah. Ibu bapanya jarang berada di rumah kerana sibik menguruskan bendang. Televisyen la yang menjadi teman karibnya ketika di rumah sejak cuti sekolah bermula. Pernah suatu ketika dahulu, televisyennya rosak. Dia sanggup menonton rancangan kegemarannya di rumah kawannya tidak mengira waktu.

Seperti waktu yang dijanjikan, pagi itu mereka keluar bersama untuk mendapatkan borang pendaftaran sekolah agama. Jarak antara sekolah tersebut dengan rumah mereka agak jauh. Untuk pergi kesana, mereka perlu menaiki bas ke stesen bas kangar. Kemudian dari situ mereka perlu mengambil bas sekali lagi untuk menuju ke tempat yang di namakan Arau.

“Mana bas ni? Lambat la”, rungut Afif yang memang tidak tahan menunggu. “Sabar la. Kejap lagi datang kot”, kata Adie untuk menenangkan sahabatnya itu. Adie sebenarnya dapat menjangka mungkin kerana penumpang hari ini terlalu ramai menyebabkan bas kerap berhenti mengambil dan menurunkan penumpang.

Setelah beberapa minit berlalu, maka kelibat bas pun kelihatan. Wajah Afif yang tadinya muram kini ceria. Penantiannya selama setengah jam akhirnya berakhir. “hah, tu drebar hang dah sampai. Tahan la cepat!”, kata Adie cuba mencari kembali senyuman Afif yang hilang.

Tidak sampai 20 minit, mereka pon sampai di stesen bas Kangar. Kangar merupakan pekan kecil yang terletak di negeri Perlis. Di sinilah terdapatnya pusat pentadbiran negeri serta kediaman rasmi menteri besar. Angin kotor yang membawa asap kenderaan dan rokok menyelubungi hidung kedua-dua sahabat itu.

Tidak tahan dengan keadaan disitu, mereka segera mencari tempat yang segar dan tenang. “Apa kata ang pi tengok bas ke Arau pukul brapa?”. Adie yang menerima arahan daripada Afif terus menjalankan tugasnya seperti seorang pekerja yang menerima arahan daripada majikan.

“Pukul 11.45 pagi. Sekarang baru pukul 11 pagi. Jalan-jalan dulu”, pinta Adie yang memang gemar berjalan sekitar pekan Kangar untuk melihat gelagat orang ramai. Dia dapat melihat pelbagai ragam manusia seperti sibuk menjalankan urus niaga, berdatting, melepak dan sebagainya. “Lawanya awek ni”, bisik hati kecil Adie yang sedang mencapai peringkat umur matang.

Tepat pukul 11.45 pagi, mereka sudah berada dalam bas. Bas menuju ke destinasi iaitu Arau atau lebih dikenali sebagai Bandar DiRaja itu. Sampai di post keselamatan SMK Agama Arau, pegawai keselamatan di situ sudah dapat mengagak tujuan kedatangan kami.

“ Ah… nie borang kemasukan kat sekolah ni. Ambik dan isi kat rumah”. Kata Pak Guard itu. Kami tersengih saja melihat telatah lucu pakcik itu. Gaya nya sempoi sekali dengan duduk di atas kerusi sambil menggulung rokok daun.

“ Terima kasih Pakcik”, kata Adie. Setelah selesai urusan di situ mereka pun pulang ke rumah.

Tiba di rumah, Adie membelek-belek borang tersebut. Mengikut syarat-syarat di borang tersebut, ada ujian terlebih dahulu sebelum diterima masuk. Selain itu, mestilah atas daripada 3A 2B. Adie memang sudah lepas la kerana keputusanUPSR Adie 4A 1B.

Selain itu, ujian yang dimaksudkan seperti membaca Al-Quran, membaca tulisan jawi, mengenal hokum-hukum dan lain-lain. Perkara sebegitu begitu senang bagi Adie kerana dia memang sudah mendapat pendidikan awal di rumah semenjak umurnya 3 tahun lagi. Teringat Adie suatu ketika dahulu ketika belajar mengaji bersama ayahnya, air mata sentiasa berlinang di pipi. Mana tidaknya, kesalahan yang sedikit pon di jerkahnya.

Ditambah dengan misai ayahnya yang lebat dan meliuk itu menjadikan ayahnya lebih digeruni. Oleh itu, pada umur 7 tahun, Adie dengan nekadnya tidak mahu belajar mengaji bersama ayahnya lagi. Untuk mengelak daripada ayahnya, Adie pergi belajar mengaji di rumah jirannya yang terletak tidak jauh dari rumah.