Followers

Ahad, 23 Januari 2011

Ikan Siakap Kuala Kangsar



Ikan siakap 3 rasa di Kuala Kangsar mempunyai rasanya yang agak unik. Zaman Mohammad pernah merasainya ketika bulan Ramadhan baru-baru ini. Oleh kerana teringin merasai ikan siakap di tempat lain, ingin juga mengubah angin dari Ikan Sakap 3 Rasa Batu 6 (sila rujuk entry sebelum ini). Jadi, Zaman Mohammad memandu kereta dari Ipoh menuju ke Kuala Kangsar dengan harapan untuk mencari ikan siakap terbaik di Kuala Kangsar. Lebih kurang sejam memandu, ada sejam lagi untuk berbuka puasa. Puas Zaman merantau untuk mencari kedai ikan bakar terkenal di situ. Setelah 30 minit mencari, akhirnya Zaman terjumpa sebuah kedai yang agak tersorok di dalam kesibukan jalan raya pada ketika itu kerana orang ramai ingin pulang ke rumah untuk berbuka. Pencarian zaman Mohammad akhirnya berbaloi kerana makanan yang disediakan memang enak sekali. Memang berbaloi walaupun dari jauh datang untuk menikmati makanan tersebut. Pasal makan, jarak kurang diambil perhatian oleh Zaman MOhammad. Inilah Ikan Siakap 3 Rasa Kuala Kangsar.


Ada Soam Tam, Ikan Siakap 3 Rasa, Tom Yam, Nasi Putih dan air. Hidangan disediakan untuk 2 orang. Modal yang diperlukan hanya RM 30.00. Kalau datang ke Kuala Kangsar, dapat makan dan dapat berjalan-jalan. Bak kata pepatah Arab, "Jalan-jalan Cari Makan"..

Jumaat, 21 Januari 2011

Nasmir Pesisiran Sungai Kinta



Kedai makan Nasi Kandar Nasmir Pesisiran Sg Kinta terletak di tengat-tengah bandar Ipoh. Lokasinya begitu strategik kerana terletak bersebelahan dengan Sg Kinta dan jalan menuju ke Stesen Keretapi Ipoh. Ini antara makanan yang biasa di pesan oleh Zaman Mohammad semasa berkunjung ke kedai makan tersebut.
Siapa kata mamak tidak pandai buat tom yam? Walau pon rasanya agak kurang berbanding gerai tom yam di tempat lain, tetapi tidak bermakna ia tidak sedap. Nasi kandar yang disediakan juga mempunyai pelbagai jenis lauk pauk. Antaranya ayam madu, daging kurma, ayam goreng dan macam-macam lagi.
Landskap bagi kedai makan ini pula sangat cantik. Terdapat kolam renang untuk kanak-kanak bermandi manda di situ. Sesiapa yang tidak pernah berkunjung ke situ sementara masih di Ipoh maka sangat rugilah ia. huhu..

Ini antara makanan kegemaran Zaman Mohammasd ketika berkunjung ke kedai makan tersebut. Sangat lazat dan rangup.

Selasa, 18 Januari 2011

Pesembur Padang Kota





Padang Kota merupakan satu tempat yang menarik untuk pengunjung atau pelancong yang berkunjung ke Pulau Pinang. Selain tempatnya yang menarik, tempat makanannya juga tidak kurang hebatnya. Bagi penggemar makan laut, inilah tempatnya.
Tapi, Zaman Mohammad ingin mengenalkan pembaca dengan pesembur yang begitu terkenal di sini. Memang sedap tapi harganya jangan terkejut bila bil tiba. Memang agak mahal tetapi berbaloi. Sepinggan sahaja boleh dikongsi 3 hingga 4 orang.
Lihat gambar Zaman Mohammad bersama rakan-rakan yang mengunjungi Padang Kota Lama.






* Tidak lengkap jika anda datang ke Pualau Pinang tetapi tidak merasai kelazatan Pesembur Padang Kota. The Best la!!!

Ikan Siakap 3 Rasa Batu 6

Bagi penggemar ikan siakap, disini Zaman Mohammad ingin berkongsi kesedapan ikan siakap 3 rasa yang terletak di Tambun, Ulu Kinta Ipoh. Kedai Tomyam Batu 6 merupakan kedai makan yang agak terpencil di bandar Tambun.
Sebenarnya jika ada duit lebih, Zaman Mohammad akan selalu berkunjung ke kedai makan ini untuk menikmati ikan siakap 3 rasa. Ikap siakap yang digoreng rangup disalut dengan ramuan kuah 3 rasa yang manis, masam dan masin. Pastinya sedap sehingga menjilat jari.
Biasanya ikan sikap 3 rasa ini tidak lengkap jika tidak disertakan bersama tomyam campur yang panas. Tomyamnya yang asli melengkapkan lagi rasa ikap siakap 3 rasa tersebut. Jangan dilupa nasi putih juga.
Bajet untuk 2 orang bagi menu ini dalam lingkungan RM30 sahaja. Pastinya mengenyangkan dan sangat berpuas hati.

Terdapat beberapa tempat makan menarik lagi di Ipoh. Pastikan anda sentiasa membaca post-post terbaru dari SECAWAN HORLICK..



Ahad, 16 Januari 2011

Khurafat Menghantui Di Panggung




Zaman Mohammad baru saja selesai menyaksikan filem seram terhebat setakat ini selepas Jangan Pandang Belakang. Filem Khurafat ini juga memaparkan aksi seram diluar jangkaan kita. Harus diingatkan bahawa anak-anak kecil dan ibu-ibu yang mengandung tidak digalakkan untuk menonton filem ini. Berdasarkan tinjauan saya semasa di dalam panggung, ramai yang menjerit dan takut untuk melihat babak-babak seterusnya terutama babak-babak pada waktu malam.


Ceritanya mengenai Johan (Syamsul Yusof) dan isterinya Aisyah (Liyana Jasmay) yang sering diganggu oleh makhluk halus atau hantu sebaik saja pulang dari kampungnnya. Johan pulang kekampung untuk melawat ibunya yang sedang sakit. Dalam perjalanan pulang dari surau bersama Pak imam, orang kampung meminta tolong pak iman untuk merawat Pak Aziz yang dirasuki hantu. Johan yang berada di tempat kejadian terkejut melihat keadaan Pak Aziz yang dirasuki hantu. Sebenarnya, Pak Aziz telah lama meninggal tetapi hantu peliharaannya telah mengambil alih jasad Pak Aziz. Dengan ilmu yang Pak imam ada, hantu tersebut berjaya dihalau keluar.
Pulang ke bandar, Johan sering diganggu oleh hantu. Isterinya juga turut menerima nasib yang sama. Ex-gf Johan iaitu (Sabrina Ali) pula selalu memujuk Johan untuk pulang ke pangkuannya. Tetapi Johan begitu setia pada isterinya. Sabrina Ali berjanji tidak akan melepaskan Johan. Akhirnya sabrina Ali membunuh diri kerana Johan tidak menerimanya kembali.
sebenarnya Johan bekerja di rumah mayat di sebuah hospital. Dia yang menguruskan mayat Sabrina Ali. Dalam perjalanan menghantar jenazah Sabrina Ali ke kampung halamannya, hantu tersebut mengganggu Johan sehingga van jenazah tersebut terhumban ke dalam gaung.
Selamatkah Johan dalam insident itu? Apakah punca gangguan hantu tersebut? Saksikan sendiri di pwagam berdekatan. Zaman Mohammad pasti degupan jantung anda akan lebih pantas daripada biasa.

Antara pelakon yang menjadi tunggak utama filem ini.. Syamsul Yusof, Liyana Jasmay dan Sabrina Ali.





Isnin, 10 Januari 2011

Analisis AJL 25



Mari kita saksikan pemenang-pemenang AJL 25 pada kali ini:
Persembahan Terbaik = Faizal Tahir
Vokal Terbaik = Hafiz
Tempat Pertama = Ana Rafali
Tempat Kedua = Black dan Meet Uncle Hussin
Tempat Ketiga = Hafiz



AJL pada kali ini agak kurang hebatnya berbanding dengan AJL yang lalu. Namun, dengan persembahan Faizal Tahir melalui lagu Hanyut telah menghidupkan kembali pentas AJL 25.
Tidak cukup dengan itu, gimik yang dipersembahkan oleh Faizal Tahir dalam lagu tersebut begitu hebat dan mengagumkan. Walaubagaimana pun, lagu tersebut hanya mendapat Persembahan Terbaik.



Melalui persembahan Ana Rafali yang mempersembahkan permainan silap mata dengan menukar pakaian dalam sekelip mata agak menarik perhatian. Lagu tersebut telah pun mendapat Tempat Pertama dalam pentas AJL 25 pada kali ini.

Tahniah juga kepada Black dan Meet Uncle Hussain melalui lagu Drama King. Kombinasi yang cukup mantap antara bekas pemenang vokal terbaik dan lagu terbaik iaitu Meet Uncle Hussain.



Tidak disangkakan bahawa Hafiz akan mengungguli anugerah vokal terbaik dan Tempat Ketiga pada malam ini . Walau bagaimana pun diingatkan bahawa peserta-peserta lain juga tidak kurang hebatnya.

Apapun, AJL pada malam ini penuh dengan silap mata, lakonan dan gimik-gimik yang hebat.
Kepada band-band Indie, tahniah juga kerana berjaya masuk ke Anugerah Juara lagu ke 25.
Harap pada tahun hadapan, AJL akan lebih menonjolkan persembahan-persembahan yang lebih hangat lagi.

Ahad, 9 Januari 2011

Anugerah Juara Lagu 25



Below are the full list of the 2010 25th AJL Finalist.

  1. Hanyut – Faizal Tahir
  2. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir
  3. Noktah Cinta – Hafiz
  4. Drama King – Black & Meet Uncle Hussain
  5. Ku Ada Kamu – Adira
  6. Cinta Sempurna – Yuna
  7. Pelita – API
  8. Berlari – Tomok
  9. Sofea Jane – Black
  10. Mencari Konklusi – Hujan
  11. Selamat Malam – Faizal Tahir
  12. Extravaganza – Bunkface
  13. Jahat- Stacy
  14. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali
Memang tidak dinafikan finalis AJL pada tahun ini begitu hebat hingga sukar untuk mengagak siapa yang bakal membawa pulang trofi juara lagu pada malam ini. Hujan, Bunkface, Tomok, Black antara my favourite artist la. Tapi, finalist pompuan pon tidak kurang peminatnya. Dalam banyak-banyak finalis aku menyokong penuh kepada Faizal Tahir. Lagu Hanyut beliau membuatkan aku hanyut dibuai mimpi sebelum sempat aku mengucapkan Selamat Malam kepada parent aku. haha.. Bermadah plak.
Hope Faizal buat yang terbaik pada malam ini k. So, mari saksikan Anugerah Juara Lagu ke 25 di TV3 pada pukul 9 malam ini.


*Meh pakat-pakat teka sapa yang menang pada malam ni.. huhu..

Rabu, 5 Januari 2011

X- cident aka Kemalangan




Cuba anda lihat jalan di belakang aku. Aha..bukan aku, tp belakang aku. Jalan yang bengkang-bengkok ni adalah jalan gopeng-cameron highland. Baru-baru ini terjadi lagi kemalangan ngeri yang berlaku di jalan tersebut. Aku sempat melihat bas malang tersebut di Balai Polis Ipoh baru-baru ini. Keadaan bas begitu mengerikan. Apakah punca-punca berlakunya kemalangan di negara kita yang tercinta ini. Adakah keadaan jalan yang berbahaya mengakibatkan kemalangan tersebut ataupun pemandunya?
Mari bersama kita mengupas isu ini.
1) Saya sering kali melihat tumpahan minyak di atas jalan tersebut. Tidak tahu sama ada ianya disengajakan ataupun tidak disengajakan.
2) Sikap pemandu yang memandu melebihi had laju ataupun memandu secara merbahaya. Mungkin cita-cita dulu ingin menjadi pemandu Formula 1 tp bukan ini caranya.
3) Kemudahan jalan atau struktur jalan yang tidak elok dan sesuai digunakan oleh pengguna jalan raya. Contohnya berlopak, berlubang, papan tanda dan sebagainya. Peruntukan untuk jalan persekutuan x da ka?
4) Ketatkan undang-undang. Tapi bagus, baru-baru ini sempena tahun baru banyak betul saman dikeluarkan oleh pihak berkuasa tapi atas kesalahan yang kurang perlu diberi perhatian misalnya kesalahan ekzos, cermin gelap dan sebagainya. Sepatutnya kesalahan berat lain harus diambil perhatian sewajarnya.

Kepada pembaca, jagalah keselamatan anda semasa di jalan raya. Ketahuilah bahawa ramai orang yang menyayangi diri anda dan perlukan anda.

*x da modal nk post apa dlm blog. huhu..

Ahad, 2 Januari 2011

Cuti Hujung Tahun 2010

Cuti yang panjang telah pon berlalu.. Dengan masa yang sebegitu panjang itu aku telah manfaatkan sepenuhnya. bermula saja cuti aku dh mula mencari kerja.
Kerja yang aku jalankan begitu panting bagi pengguna-pengguna jalan raya dan pencinta alam sekitar iaitu menebang atau mencantas cabang pokok jati yang liar di tepi-tepi jalan atau highway.





Dalam aku bekerja, aku pon sibuk berjalan makan angin ke sana ke sini. mana boleh lepak rumah je beb. rugi ar cuti. Bukan selalu boleh balik kampung dapat cuti ngn family macam ni. So aku pon pergi la Penang atas urusan Pesta Penang. huhu.. Pengalaman ngeri dapat naik TOPGUN..







Tidak lupa juga aktiviti dengan rakan-rakan sekolah dulu. Men futsal, makan-makan, lepak, tengok bola dan paling best gi Kolam Air Panas Lenggong. Panas beb..





Selain itu, tidak terlepas bagi sesiapa yang mengunjung ke rumah aku, aku bawak la jalan-jalan kat Padang Besar, ladang ternakan burung unta, Gua Kelam dan sebagainya.





So, kalau korang nk kongsi pengalaman cuti korang nagn aku pon boleh gak. invite ar aku untuk tengok post korang k.