Followers

Khamis, 31 Mac 2011

Praktikum 1 di SK Convent 2

Gambar ini hanya hiasan semata-mata

Bahagianya apabila pensyarah selesai menyelia aku. Setelah berpenat lelah memikirkan aktiviti dan menyediakan bahan bantu mengajar, aku diberi pujian dari Pn Habibah. Alhamdulillah ya Allah kerana usaha aku tidak sia-sia. paling penting ialah murid-murid aku faham dan seronok dalam pembelajaran aku pada hari ini. Walau apapun pembelajaran aku pada hari itu, aku akan cuba pastikan objektif pembelajaran aku tercapai.
Kata Puan:
"induksi awak dengan memulakan pantun itu bagus"
"aktiviti menyusun puzzle itu malibatkan semua murid. Bagus"
"Menarik minat murid membaca pantun dengan bermain gitar. Bagus"

Yang x bagus ialah aku silap tengok jam la.. jam aku cepat 5 minit. Jadi, kelas aku telah habis awal. Cadangan penambahbaikkan dari Puan ialah tambahkan aktiviti.

Kesimpulannya: "Aku puas hati!"
Thanks Puan Habibah
Thanks Puan Halimatus
Thanks murid-murid 4 Cempaka sayang...

Selasa, 22 Mac 2011

Praktikum 1 di SK Convent

"Selamat Sejahtera Cikgu!!"
"Ok, semua duduk."
"Saya Cikgu Zaman. Saya berada di sini dalam satu tempoh masa yang agak panjang. Jadi, kamu semua akan bersama saya bermua hari ini."
"Sebelum saya memulakan kelas, saya nak ingatkan kamu......."

Huhu..hari ini hari pertama menjalankan pembelajaran di kelas. Alhamdulillah, murid memberikan kerjasama yang sewajarnya. Biasanya, guru pelatih baru ni kurang berpengalaman. jadi, guru pembimbing la yang menjadi tempat rujukan utama.
Esok merupakan hari kedua. Harap esok merruapakan fari yang lebih baik. Jom, buat RPH untuk esok. Selamat Malam Cikgu!! huhu

Sabtu, 5 Mac 2011

"Kerana Pulut Santan Binasa Kerana Mulut Badan Binasa"

Pepatah melayu berbunyi:
"Kerana Pulut Santan Binasa Kerana Mulut Badan Binasa"

Aku tak pasti kenapa pulut boleh binasakan santan, tetapi kalau kerana mulut pasti badan binasa.

Kalau kita suka bawa cerita sensasi sama ada benar (mengumpat) atau tipu (fitnah), maka gerenti kita dpt dosa. Di akhirat kelak pasti musnah. Dosa dgn Allah, minta ampun dgn Allah, Allah pasti ampunkan sebab Allah Maha Pengampun. Dosa sesama manusia, kena le minta ampun dgn manusia, masalahnya manusia bukannya Maha Pengampun.

Ada satu cerita, ada seorg budak perempuan sudah melahirkan anak luar nikah, mak bapa pasti susah hati. Kita nak cakap apa pun susah. Maka ada satu makcik dia sudah berkata "kalau anak aku le, dah lama aku cincang". Lepas tu cerita la pasal perangai buruk perempuan tu. Buka segala pekung budak tu dari mula lagi. Aku pun dah lama tahu perangai budak perempuan tu, tetapi aku malas nak ungkit atau cerita, pasal aku pun ada 2 org anak dara. Aku cuma berdoa agar perkara tu dijauhkan dari anak-anak aku.

Mungkin Allah itu hendak menunjukkan sesuatu, walaupun anak kita ni lulusan agama, patuh pada perintah agama dan tak keluar dating-dating ni, tetapi iman bukan urusan kita. Kita mungkin tergolong dlm golongan org yg rajin beramal dan mungkin masuk golongan beriman, tetapi yg pasti iman tidak boleh diwarisi. Baik macam mana didikan kita, halal macam mana rezeki kita, kalau dah ketentuan ilahi yg kita akan mempunyai anak yg jenis kahwin dulu baru nikah, maka jadilah. Bila tahu anaknya mengandung, tidak pulak dicincang anaknya. Ye la, sapa tak sayang anak. Itu satu contoh kerana mulut badan binasa.


Ada juga diantara kita suka bebenor mencaci makanan, bila rasa makanan tu tak sedap, cepat aje mulut berkata
"tak sedap langsung, rasa macam taik" dan suka bercerita kat orang lain akan ketidak sedapan masakan orang itu. Kalau rasa tak sedap, tak payah makan, jangan la hina makanan tu. Rasullulah sendiri, kalau isteri masak terlebih masin, beliau tidak pernah komen. Apa yang Rasulullah buat adalah menyuap makanan yg masin tu kan isteri beliau. Bila isteri terasa masin, tahu la dia yg masakan dia tak sedap. Kalau masakan tu tak kena dgn tekak kita, jgn le kata apa-apa, jangan makan. Mudah aje.

Akhirnya Allah tarik balik nikmat rasa makanan, apa yg dimakan semua tak sedap, minum air pun muntah. Jenuh jumpa doktor, diagnos doktor tiada apa yg masalah. Doktor sekadar kasi ubat tahan muntah dan vitamin. Aku scan, ini macam kes 'sumpahan makanan'.
Amikla iktibar disebalik yg tersirat..