Followers

Selasa, 9 November 2010

Drag di Kg Gajah

Assalamualaikum.. Salam sejahtera kepada pembaca setia Secawan Horlick. Aku nak citer pengalaman aku gi tengok drag kat Kg Gajah. Fuh!! Best, gempak, dan segala macam pujian aku berikan kepada driver2 dan kereta2 mereka. Bidang automotif mereka memang pro la beb. Korang leh tengok koleksi gambar-gamabr aku semasa di Drag Kg Gajah tersebut kat bawah ni. Enjoy k.


















Kebanyakan acara yang dipertandingkan seperti kategori mivec, 1.5 cc, 1.6 cc, vitec kecik, vitec besar, open cc dan mcm2 la.. aku pon bukan tau sangat. Jarak standart yang diorang guna untuk drag ni 400 meter. Yang masuk dalam drag ni bukan calang-calang orang k. diorang ni antara mekanik terkemuka termasuk la dari Penang dan KL. So, semua berkumpul dan bertanding di Kg Gajah, Perak.

Antara yang menarik minat aku ialah kereta Honda CRX hitam dr geng ADVANCETECH.. diorang ni power siot. Game bulan 10 ari tu pon diorang menang. Best la.. Gempak sangat.

So, untuk peminat-peminat kereta, jom kita ramai-ramai memeriahkan lagi Kg Gajah di Perak pada 2hb Januari 2011 plak.

Kalau lambat sangat, x sabar nk tggu tahun dpan nk tengok drag, pergi la pusing ipoh setiap malam hujung minggu. InsyaAlalh ada.. huhu..

Assalamualaikum..

Sabtu, 6 November 2010

Banjir di Perlis

Assalamualaikum.. Segala puji bagi Tuhan sekalian Alam.. Setipa yang berlaku, musibah dan bahana yang menimpa ada hikmahnya. Begitu juga dengan kejadian banjir yang berlaku di utara semenanjung kita baru-baru ini. Hujan lebat yang berpanjangan selama beberapa hari telah mengakibatkan banjir besar berlaku di Perlis dan Kedah.
Aku yang berada di Ipoh tidak menyembunyikan diri di sini, sebaliknya sebaik saja mendapat berita banjir besar dan terburuk dalam sejarah selain banjir tahun 1988 dari ibu aku, aku segera pulang ke kampung. Selain mengambil beberapa kesempatan pada musim banjir ini, aku juga hendak menolong ibu aku membersihkan rumah dan mengangkat barang-barang yang perlu.

Ini antara gambar yang sempat aku rakam di Kangar semasa perjalanan pulang ke kampung aku.





Ini gambar sebelum sampai rumah aku. Bila dah sampai kampung, alih-alih jalan pulak ditutup kepada kenderaan ringan kerana air dalam. So, aku yang kereta jenis ringan ni kena la patah balik dan memaking kereta di rumah kakak aku. Nasib baiklah rumah kakak aku tidak ditenggelami air banjir.

Lepas ja aku pon parking kereta rumah kakak, aku pinjam la motor wave 125 kakak aku sebab nk balik tengok rumah. Ni gambar dalam perjalanan nk balik rumah aku dalam kampung aku. Tengok betul-betul tau.. Mana tau dapat tengok cacing dengan lintah.









Aku pon mengambil peluang yang ada sempena musim banjir nie. Aku memukat ikan la.. haha.. Antara ikan yang aku dapat seperti ikan putih, lampam, ikan keli, dan puyu.


Ni antara pukat yang digunakan oleh aku. haha..


Ni ja la yang dapat aku kongsi ngn korang. Hope lepas ni dah x da banjir besar mcm ni sebab mengakibatkan banyak kerosakan harta benda dan tanaman. Sama-sama kita berdoa kepada Allah agar dijauhkan segala musibah. Amin..