Followers

Ahad, 26 Jun 2011

Duit / wang / ringgit


M. Nasir - duit.
Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit

Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit

Aboi – Duit-duit
Kepala pening-pening saku tak de isi
Kalau mahu duit belajar cari sendiri

Bila sudah besar baru engkau tahu
Berapa punya susah cari makan sendiri

Cakap orang tua kena ambil kira
Kita orang muda jangan buang masa

Masa anak kecil emak bapak jaga
Bila anak besar jagalah mak bapak

Duit, duit, duit... mana engkau duit
Duit, duit, duit... kena cari duit

Sweet September - Nak Kahwin Duit Tak Ada

Ku kenal dia
Aku jatuh cinta
Oh sungguh manisnya
Aduh manisnya

Tapi apa daya
Ingin ku meminangnya
Duit tak ada
Aku hampa

Di mana ku cari
Mintak pada ayah mintak pada ibu
Pinjam pada abang pinjam pada kawan
Aku malu

Duit tak ada
Tapi hati ingin kawin
Apa daya ku
Woohh woohh kawan



Semua tahu tak kepentingan duit? Kalau duit tak kan la tak tau apa kepentingan dia kan. Dah berbelas tahun pakai duit. Tak ada org beli pakai daun. Lagu di atas ada menceritakan pasal duit.
Semua tahu tak kenapa pentingya kesedaran terhadap masalah kewangan dan pentingya cara pengurusan wang?
Jawapannya kerana harga barang sentiasa naik dan terus naik. Bukankah ini faktor yang menyebabkan anda perlu sedar tentang kewangan dan cara menguruskanya. Di dunia ini tidak wujud masalah kewangan tetapi masalahnya ialah cara anda menguruskan wang. ( sebenarnya nak lepas geram kes beli telur ayam tadi. Ayam naik harga, telur ayam pon naik harga.) Tp betul la, ibu ayam naik harga, tak kan telur ayam x naik harga.

Berbalik kepada persoalan tadi, harga barangan hari ini sentiasa naik tidak mengira benda itu akan habis atau tidak. Benda yang tidak habis seperti gula,susu dan sebagainya pun harganya naik apatah lagi harga barangan yang akan habis seperti minyak yang harganya lebih cepat naik dan melambung tinggi.Jadi kesimpulanya semua harga barangan akan naik, jadi jika anda tidak mempunyai cara menguruskan wang dengan baik anda akan sentiasa dihantui dengan masalah kewangan. Jika anda mahu bebas kewangan kuasailah ilmu menguruskan wang!!!
         Kepada masyarakat yang mempunyai sikap membazir hendaklah tanam sikap berjimat-cermat kerana jika anda membazir diri sendiri akan rugi dan bukan orang lain yang rugi. Cepat-cepatlah bertindak sebelum terlambat!!
p/s : Pesanan ini di bawa khas oleh Zaman Mohammad

Sabtu, 25 Jun 2011

Mimpi Awal Pagi

Kehidupan adalah suatu realiti. Menjadi kenyataan di mata kita sendiri. Ramai yang sering berada di alam fantasi. Alam yang penuh angan dan mimpi.
Aku sering bermimpi.. mahukan sesuatu yang diidam dan diingini.. menjadi rebutan setiap lelaki..
Angan dan mimpiku pasti menjadi.. jika usaha di atas kaki sendiri.. tanpa mengharap ihsan di hati..
KAU pasti akan ku miliki..jika bukan esok, pasti suatu hari, kau akan ku temui.. hanya tunggu dan nanti..
                                                                          -mimpi awal pagi oleh Zaman Muhammad-