Followers

Pages

Selasa, 26 Oktober 2010

Rumah ku Syurga ku

Ada rumah kat tengah-tengah bendang tu...

Dh dekat 2 bulan x balik rumah. rasa rindu sangat kat rumah. jdi, nk lpas kan rindu aku pon nk luahkan kat dalam blog ni. hum..
Apa yang korang tengok kat atas ni gambar rumah aku.. yang tak jelas tu kena zoom la skit.. celik mata luas-luas.. huhu.. rumah aku betul-betul di tengah bendang.
Aku ni orang kampung ja. Orang kampung mcm aku ni biasa la, bila masuk town jadi jakun la skit.. Jakun tu korang cari la kat Kamus Dewan ye.. Kebanyakan orang kampung aku jadi petani menguruskan bendang dan kerja-kerja kampung. Termasuklah ayah dn bonda tercinta. Rezeki dan periuk nasi kami bergantung kepada bendang yang korang nampak kat atas tue.
Dulu aku selalu bayangkan aku menjadi anak orang kaya. saja syok-syok bayang.. kyayalan peringkat tinggi punya.. haha.. tp aku sedar, untuk menjadi senang dan kaya kita harus berusaha dan percaya akan rezeki Tuhan.

Nak tengok gambar rumah aku jelas skit? Kali ni x payah buka mata luas-luas.. Jauhkan mata anda skit dari monitor. Takut rosak mata tu plak nanti.

Ni la rumah ku syurgaku.. baru lepas renovate..

Dulu rumah aku rumah kayu. Dua tingakat bawah simen atas kayu. Simen pon just simen half ja.. Tapi rumah aku dulu seram beb. Bahagian atas rumah tak ada sapa jejak kaki. Bila dh lama x naik, faham-faham la.. Rumah yang ditinggalkan lebih daripada 3 hari akan dihuni oleh penghuni misteri. Rumah atas aku plak berbulan-bulan tak dak sapa nak naik. Ye la..yang ada kat rumah tu pon just aku, mak n ayah ja. Jadi, aku bagi cadangan kat ayah, jom kita renovate rumah ni buat rumah batu full simen. huhu.. ayah aku pon bersetuju dan menyuruh aku membuat kertas kerja untuk diserahkan kepada mak aku. ye la.. nk buat lulus bank kena dapat kebenaran mak dulu.. ayah aku pon takut kat mak.. haha.. korang jangan takut bini k.
Jadi, terbina la rumah ni mengikut ala kadar saja.. simpanan x banyak jd cuma rumah mcm ni ja la yang mampu dimiliki kami sekeluarga. Pada aku rumah hanya tempat untuk kita berteduh dan berlindung. Walau mcm mana pun rumah kita, yang penting kita bahagia dengan keluarga kita. Rumah aku syurga aku.. rumah korang syurga korang la.. Jmpa lagi kat nest post.. Salam.

Khamis, 21 Oktober 2010

20hb 10 2010




Tarikh yang hebat untuk diingati.. wat la something yang boleh wat korang ingat tarikh hari ni sampai bila-bila.. contohnya kawin ka, tunang ka, tumbuk orang ka..

Aku ada la something yang buat aku ingat tarikh nie sampai bila-bila.. selesai solat maghrib, macam biasa aku kuar gi mkan. lpas tu aku gi la GIANT sbb nk beli barang skit.. lpas ja balik dari GIANT, aku dikejar@dicabar oleh seorang pelumba kereta terkenal..

Walaupun kereta aku standart 4G91 ja, aku trima.. aku race ngan dia sampai masuk kilang Bercham, taman perumahan cina, semua aku redah. paling dasyat skali aku terdritf la plak..
Akhirnya, kami menamatkan perlumbaan.. aku menang.. sbb aku brada di depan.. Tiba-tiba keluar 2 orang mamat nieckap " lu hebat la bro.. gua pun x leh drift pakai wira 1.5 nie bro.."
kami kenal-kenalan di situ..

Pada aku ni antara pengalaman yang x dapat aku lupakan sbb terdrift sampai nk masuk parit. haha...

Jumaat, 15 Oktober 2010

Lirik Lagu Radja Radja – Maaf

Lirik Lagu Radja

Radja – Maaf


Bila aku salah
Tolong maafkanlah
Ku tak ingin membuat
Kau menangis

Aku tahu kau marah
Aku tahu kau luka
Tapi jangan paksa
‘tuk berpisah

Aku ingin selalu bersamamu
Walau senang walau kita susah
Mungkin aku salah di matamu
Mungkin aku lemah di matamu
Tapi tak pernah terpikir
Kau pergi tinggalkan aku

Bila aku salah di matamu
Bila aku lemah di matamu
Ku hanya bisa memohon
Maaf atas salahku

Aku tahu kau marah
Aku tahu kau luka
Tapi jangan paksa
‘tuk berpisah

Aku ingin selalu bersamamu
Walau senang walau kita susah

Mungkin aku salah di matamu
Mungkin aku lemah di matamu
Tapi tak pernah terpikir
Kau pergi tinggalkan aku

Bila aku salah di matamu
Bila aku lemah di matamu
Ku hanya bisa memohon
Maaf atas salahku

Aku ingin selalu bersamamu
Walau senang walau kita susah

Mungkin aku salah di matamu
Mungkin aku lemah di matamu
Tapi tak pernah terpikir
Kau pergi tinggalkan aku

Bila aku salah di matamu
Bila aku lemah di matamu
Ku hanya bisa memohon
Maaf atas salahku

Mungkin aku salah di matamu
Mungkin aku lemah di matamu
Tapi tak pernah terpikir
Kau pergi tinggalkan aku

Bila aku salah di matamu
Bila aku lemah di matamu
Ku hanya bisa memohon
Maaf atas salahku

Selasa, 5 Oktober 2010

Ikatan

Simpul adalah hubungan antara tali dengan tali. Ikatan adalah hubungan antara tali dengan benda lainnya, misal kayu, balok, bambu dan sebagainya.

Macam simpul dan kegunaannya

1. Simpul ujung tali

Gunanya agar tali pintalan pada ujung tali tidak mudah lepas

2. Simpul mati

Gunanya untuk menyambung 2 utas tali yang sama besar dan tidak licin

3. Simpul anyam

Gunanya untuk menyambung 2 utas tali yang tidak sama besarnya dan dalam keadaan kering

4. Simpul anyam berganda

Gunanya untuk menyambung 2 utas tali yang tidak sama besarnya dan dalam keadaan basah

5. Simpul erat

Gunanya untuk memendekkan tali tanpa pemotongan

6. Simpul kembar

Gunanya untuk menyambung 2 utas tali yang sama besarnya dan dalam keadaan licin

7. Simpul kursi

Gunanya untuk mengangkat atau menurunkan benda atau orang pingsan

8. Simpul penarik

Gunanya untuk menarik benda yang cukup besar

9. Simpul laso

Untuk gambar macam-macam simpul dapat dilihat di bawah ini

Macam Ikatan dan Kegunaannya

1. Ikatan pangkal

Gunanya untuk mengikatkan tali pada kayu atau tiang, akan tetapi ikatan pangkal ini dapat juga digunakan untuk memulai suatu ikatan.

2. Ikatan tiang

Gunanya untuk mengikat sesuatu sehingga yang diikat masih dapat bergerak leluasa misalnya untuk mengikat l eher binatang supaya tidak tercekik.

3. Ikatan jangkar

Gunanya untuk mengikat jangkar atau benda lainnya yang berbentuk ring.

4. Ikatan tambat

Gunanya untuk menambatkan tali pada sesuatu tiang/kayu dengan erat, akan tetapi mudah untuk melepaskannya kembali. Ikatan tambat ini juga dipergunakan untuk menyeret balik dan bahkan ada juga dipergunakan untuk memulai suatu ikatan.

5. Ikatan tarik

Gunanya untuk menambatkan tali pengikat binatang pada suatu tiang, kemudian mudah untuk membukanya kembali. Dapat juga untuk turun ke jurang atau pohon.

6. Ikatan turki

Gunanya untuk mengikat sapu lidi setangan leher

7. Ikatan palang

8. Ikatan canggah

9. Ikatan silang

10. Ikatan khaki tiga

Untuk gambar macam-macam ikatan dapat dilihat di bawah ini.

sumber : http://pramuka.webege.com


Pengarang : Aku dah mahir sangat pasal ikatan tali ni. Ini sebab aku ni salah seorang anggota pengakap. Tapi aku rasa ada satu ikatan yang belum ckup kuat yang mampu aku lakukan. Ikatan tersebut ialah ikatan cinta antara aku dan si dia. Walaupun sekarang sekadar ikatan simpul manuk, aku berharap janganlah terlerai kerana suatu hari nanti hubungan kita pasti akan tersimpul mati jua.

Ahad, 3 Oktober 2010

Wonderpet.. Ultraman.. Spongebob



Mereka selalu bersama walaupun terdapat pelbagai masalah. Seperti dalam lagu mereka ..

Telefon, telefon berbunyi…
Telefon, kami datang.
Telefon, telefon berbunyi…

ada haiwan dalam bahaya!!
ada haiwan dalam bahaya!!
ada haiwan dalam bahaya, di sana…

apa yang penting ?
kerja sama..
apa yang penting ?
kerja sama..

Wonder Pets Wonder Pets…
kami datang..
membantu (anak haiwan) yang kesusahan..
kami tak besar..
dan kami tak kuat..
bila bekerjasama semua jadi mudah..


Ultraman pula sentiasa menjaga keamanan Bumi tanpa mengeluh.. Baginya, keamanan di Bumi adalah segalanya.









Walaupun Spongebob agak bodoh, tetapi dia tetap setia dengan kawannya. Dia sentiasa anggap dirinya
hebat walaupun dirinya tidak hebat. Rakan karibnya iaitu Patrik sentiasa menyokongnya dari belakang. Itulah persahabatan.




  • Kesimpulannya, kita perlulah BEKERJA SAMA untuk menjaga KEAMANAN bumi.. Itulah PERSAHABATAN.



Rabu, 11 Ogos 2010

Mawar


Ku lihat bunga..

Terasa indah hati tertawan..

Mawar ku merah..

Harum selayak kau milikinya..

Ku pejam mata..

Terpancar sinar cinta darinya..

Walaupun gelap..

Dia memberikan aku seribu satu makna..

Darinya aku kecapi bahagia..

Ombak datang badai melanda..

Api membakar..laut bergelora..

Akan ku harung akan ku mara..

Kerna ku tahu..

Nilai cinta darinya..

Dari zaman kepada nya – Mawar hati

Rabu, 14 Julai 2010

2- S. M. K. AGAMA



Suasana pagi penuh nyaman menyelinap masuk ke hidung Adie. Perasaan segar yang memang menjadi temannya setiap pagi sejak dia bersekolah tadika lagi. Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Baginya waktu itu terlalu awal untuk dia bangun.

“Lambat lagi ni. Tengok tv la”, bisik Adie yang bersendirian di rumah. Ibu bapanya jarang berada di rumah kerana sibik menguruskan bendang. Televisyen la yang menjadi teman karibnya ketika di rumah sejak cuti sekolah bermula. Pernah suatu ketika dahulu, televisyennya rosak. Dia sanggup menonton rancangan kegemarannya di rumah kawannya tidak mengira waktu.

Seperti waktu yang dijanjikan, pagi itu mereka keluar bersama untuk mendapatkan borang pendaftaran sekolah agama. Jarak antara sekolah tersebut dengan rumah mereka agak jauh. Untuk pergi kesana, mereka perlu menaiki bas ke stesen bas kangar. Kemudian dari situ mereka perlu mengambil bas sekali lagi untuk menuju ke tempat yang di namakan Arau.

“Mana bas ni? Lambat la”, rungut Afif yang memang tidak tahan menunggu. “Sabar la. Kejap lagi datang kot”, kata Adie untuk menenangkan sahabatnya itu. Adie sebenarnya dapat menjangka mungkin kerana penumpang hari ini terlalu ramai menyebabkan bas kerap berhenti mengambil dan menurunkan penumpang.

Setelah beberapa minit berlalu, maka kelibat bas pun kelihatan. Wajah Afif yang tadinya muram kini ceria. Penantiannya selama setengah jam akhirnya berakhir. “hah, tu drebar hang dah sampai. Tahan la cepat!”, kata Adie cuba mencari kembali senyuman Afif yang hilang.

Tidak sampai 20 minit, mereka pon sampai di stesen bas Kangar. Kangar merupakan pekan kecil yang terletak di negeri Perlis. Di sinilah terdapatnya pusat pentadbiran negeri serta kediaman rasmi menteri besar. Angin kotor yang membawa asap kenderaan dan rokok menyelubungi hidung kedua-dua sahabat itu.

Tidak tahan dengan keadaan disitu, mereka segera mencari tempat yang segar dan tenang. “Apa kata ang pi tengok bas ke Arau pukul brapa?”. Adie yang menerima arahan daripada Afif terus menjalankan tugasnya seperti seorang pekerja yang menerima arahan daripada majikan.

“Pukul 11.45 pagi. Sekarang baru pukul 11 pagi. Jalan-jalan dulu”, pinta Adie yang memang gemar berjalan sekitar pekan Kangar untuk melihat gelagat orang ramai. Dia dapat melihat pelbagai ragam manusia seperti sibuk menjalankan urus niaga, berdatting, melepak dan sebagainya. “Lawanya awek ni”, bisik hati kecil Adie yang sedang mencapai peringkat umur matang.

Tepat pukul 11.45 pagi, mereka sudah berada dalam bas. Bas menuju ke destinasi iaitu Arau atau lebih dikenali sebagai Bandar DiRaja itu. Sampai di post keselamatan SMK Agama Arau, pegawai keselamatan di situ sudah dapat mengagak tujuan kedatangan kami.

“ Ah… nie borang kemasukan kat sekolah ni. Ambik dan isi kat rumah”. Kata Pak Guard itu. Kami tersengih saja melihat telatah lucu pakcik itu. Gaya nya sempoi sekali dengan duduk di atas kerusi sambil menggulung rokok daun.

“ Terima kasih Pakcik”, kata Adie. Setelah selesai urusan di situ mereka pun pulang ke rumah.

Tiba di rumah, Adie membelek-belek borang tersebut. Mengikut syarat-syarat di borang tersebut, ada ujian terlebih dahulu sebelum diterima masuk. Selain itu, mestilah atas daripada 3A 2B. Adie memang sudah lepas la kerana keputusanUPSR Adie 4A 1B.

Selain itu, ujian yang dimaksudkan seperti membaca Al-Quran, membaca tulisan jawi, mengenal hokum-hukum dan lain-lain. Perkara sebegitu begitu senang bagi Adie kerana dia memang sudah mendapat pendidikan awal di rumah semenjak umurnya 3 tahun lagi. Teringat Adie suatu ketika dahulu ketika belajar mengaji bersama ayahnya, air mata sentiasa berlinang di pipi. Mana tidaknya, kesalahan yang sedikit pon di jerkahnya.

Ditambah dengan misai ayahnya yang lebat dan meliuk itu menjadikan ayahnya lebih digeruni. Oleh itu, pada umur 7 tahun, Adie dengan nekadnya tidak mahu belajar mengaji bersama ayahnya lagi. Untuk mengelak daripada ayahnya, Adie pergi belajar mengaji di rumah jirannya yang terletak tidak jauh dari rumah.