Followers

Pages

Ahad, 24 April 2011

Jangan Jaga Tepi Kain Orang


Dalam masyarakat Melayu ada satu pepatah yang begitu terkenal yang menggambarkan kepedulian masyarakat yang begitu mendalam terhadap hal ehwal orang lain. Terkenalnya pepatah ini sehingga ianya sering digunakan oleh orang Melayu dan mungkin juga orang bukan Melayu dalam perbualan harian berbanding dengan pepatah-pepatah yang lain. Pepatah yang dimaksudkan ialah ‘jangan jaga tepi kain orang’ yang membawa maksud jangan ambil peduli hal orang lain.
Sebenarnya elok ke tak jaga tepi kain orang nih? Zaman pun kurang pasti sebenarnya. Mari kita sama-sama menyingkap kebaikan dan keburukan menjaga tepi kain orang.

Dalam konteks kejiranan, kat pejabat, kawan-kawan, dan saudara-mara kita kenalah tegur menegur. Kena jaga tepi kain depa (hah, keluaq loghat utagha aku). Setakat tepi kain saja tau. Yang tak boleh kita jaga sampai ke dalam kain itu. Ambil berat orang kata, sekadar melaksanakan tanggungjawab kita jaga menjaga sesama insan.

Tengok kawan muka sembab lain macam, tanyalah.

"Kenapa? Gaduh dengan Mizan lagi ke?"
"A'ah."
"Awak ok?"
"Ok, sikit saja."
"Baguslah, kalau ada apa-apa yang boleh saya bantu beritahu ya."

Itu contoh jaga tepi kain orang. Kat bawah ni pula contoh jaga sampai ke dalam kain orang.

"Kenapa? Gaduh ngn Mizan lagi ke?"
"Hmm..."
"Hish... awak ok tak ni? Nampak macam tak cukup tidur je."
"Taklah sikit saja."
"Kenapa? Dia keluar dengan betina tu lagi ke?"
"Tak."
"Habis kenapa? Dia hisap dadah? Eee... awak jangan biarkan tau, susah nanti. Saya pun kenal Mizan tu pot pet pot pet..."

Jadi, kena tahu takat kita sebagai kawan sampai mana. Maka, saya sangat sokong kita mengamalkan sikap ambil tahu tepi kain orang. Itu tanggungjawab kita sesama kita.

*p/s : Tolong ambil perhatian ye kepada yang berkenaan. huhu..

Khamis, 21 April 2011

Aku Merinduimu

Gambar hiasan.

Wah..tajuk bukan main gah. Tapi Zaman tak jiwang macam tu k. Sebenarnya rindu ar dekat murid-murid sekolah Marian Convent. Setiap mesej tanya bila cikgu nak datang sekolah. Seriusly rindu sangat. Kepada murid cikgu yang masih lagi bagi kad walaupun cikgu dah habis praktikum, terima kasih k. Terharu sangat bila dapat ayat sebegini daripada seorang murid.

tanpamu butalah kami,
tanpamu dunia kami gelap-gelita,
segala tunjuk ajarmu,
tak ternilai walaup selautan mutiara sekalaipun..


Sabtu, 16 April 2011

Cikgu sayang Kamu Semua

Sebulan berada dengan kamu. cikgu ingin mengucapkan terima kasih sangat-sangat kerana memberi kerjasama yang tidak terhingga kepada cikgu.. Siap bodek pensyarah cikgu lagi untuk cikgu.. trima kasih tau.
Best sangat berada dengan kamu smua.. terharu, gembira, sedih, semua la dalam hati cikgu..
kenangan cikgu dengan kamu semua tak akan cikgu lupakan..









Cikgu x lupa juga kepada kamu semua yang memberi hadiah kepada cikgu.. trima kasih banyak-banyak. Love u all so much..

Biodata kamu smua akan cikgu simpan elok-elok..

Cikgu Ima, terima kasih kerana membimbing saya sepanjang berada di Marian Convent

khadijah, trima kasih kerana hadiah ini. Cikgu akan baca selalu k.

Murid-murid yang mula memberi kat cikgu dari hari Isnin lagi, terima kasih..

Alya, cantik tie yang kamu pilih untuk cikgu. Terima kasih..

nursyafira Addina, terima kasih juga untuk pen dan key chain ini.. belajar betul2 k..

Kepada yang memberi key chain, coklat, pen, buku 888, buku nota dan semuanya.. cikgu ucapkan terima kasih. Ada umur dan ketika kita akan berjumpa lagi..

Khamis, 31 Mac 2011

Praktikum 1 di SK Convent 2

Gambar ini hanya hiasan semata-mata

Bahagianya apabila pensyarah selesai menyelia aku. Setelah berpenat lelah memikirkan aktiviti dan menyediakan bahan bantu mengajar, aku diberi pujian dari Pn Habibah. Alhamdulillah ya Allah kerana usaha aku tidak sia-sia. paling penting ialah murid-murid aku faham dan seronok dalam pembelajaran aku pada hari ini. Walau apapun pembelajaran aku pada hari itu, aku akan cuba pastikan objektif pembelajaran aku tercapai.
Kata Puan:
"induksi awak dengan memulakan pantun itu bagus"
"aktiviti menyusun puzzle itu malibatkan semua murid. Bagus"
"Menarik minat murid membaca pantun dengan bermain gitar. Bagus"

Yang x bagus ialah aku silap tengok jam la.. jam aku cepat 5 minit. Jadi, kelas aku telah habis awal. Cadangan penambahbaikkan dari Puan ialah tambahkan aktiviti.

Kesimpulannya: "Aku puas hati!"
Thanks Puan Habibah
Thanks Puan Halimatus
Thanks murid-murid 4 Cempaka sayang...

Selasa, 22 Mac 2011

Praktikum 1 di SK Convent

"Selamat Sejahtera Cikgu!!"
"Ok, semua duduk."
"Saya Cikgu Zaman. Saya berada di sini dalam satu tempoh masa yang agak panjang. Jadi, kamu semua akan bersama saya bermua hari ini."
"Sebelum saya memulakan kelas, saya nak ingatkan kamu......."

Huhu..hari ini hari pertama menjalankan pembelajaran di kelas. Alhamdulillah, murid memberikan kerjasama yang sewajarnya. Biasanya, guru pelatih baru ni kurang berpengalaman. jadi, guru pembimbing la yang menjadi tempat rujukan utama.
Esok merupakan hari kedua. Harap esok merruapakan fari yang lebih baik. Jom, buat RPH untuk esok. Selamat Malam Cikgu!! huhu

Sabtu, 5 Mac 2011

"Kerana Pulut Santan Binasa Kerana Mulut Badan Binasa"

Pepatah melayu berbunyi:
"Kerana Pulut Santan Binasa Kerana Mulut Badan Binasa"

Aku tak pasti kenapa pulut boleh binasakan santan, tetapi kalau kerana mulut pasti badan binasa.

Kalau kita suka bawa cerita sensasi sama ada benar (mengumpat) atau tipu (fitnah), maka gerenti kita dpt dosa. Di akhirat kelak pasti musnah. Dosa dgn Allah, minta ampun dgn Allah, Allah pasti ampunkan sebab Allah Maha Pengampun. Dosa sesama manusia, kena le minta ampun dgn manusia, masalahnya manusia bukannya Maha Pengampun.

Ada satu cerita, ada seorg budak perempuan sudah melahirkan anak luar nikah, mak bapa pasti susah hati. Kita nak cakap apa pun susah. Maka ada satu makcik dia sudah berkata "kalau anak aku le, dah lama aku cincang". Lepas tu cerita la pasal perangai buruk perempuan tu. Buka segala pekung budak tu dari mula lagi. Aku pun dah lama tahu perangai budak perempuan tu, tetapi aku malas nak ungkit atau cerita, pasal aku pun ada 2 org anak dara. Aku cuma berdoa agar perkara tu dijauhkan dari anak-anak aku.

Mungkin Allah itu hendak menunjukkan sesuatu, walaupun anak kita ni lulusan agama, patuh pada perintah agama dan tak keluar dating-dating ni, tetapi iman bukan urusan kita. Kita mungkin tergolong dlm golongan org yg rajin beramal dan mungkin masuk golongan beriman, tetapi yg pasti iman tidak boleh diwarisi. Baik macam mana didikan kita, halal macam mana rezeki kita, kalau dah ketentuan ilahi yg kita akan mempunyai anak yg jenis kahwin dulu baru nikah, maka jadilah. Bila tahu anaknya mengandung, tidak pulak dicincang anaknya. Ye la, sapa tak sayang anak. Itu satu contoh kerana mulut badan binasa.


Ada juga diantara kita suka bebenor mencaci makanan, bila rasa makanan tu tak sedap, cepat aje mulut berkata
"tak sedap langsung, rasa macam taik" dan suka bercerita kat orang lain akan ketidak sedapan masakan orang itu. Kalau rasa tak sedap, tak payah makan, jangan la hina makanan tu. Rasullulah sendiri, kalau isteri masak terlebih masin, beliau tidak pernah komen. Apa yang Rasulullah buat adalah menyuap makanan yg masin tu kan isteri beliau. Bila isteri terasa masin, tahu la dia yg masakan dia tak sedap. Kalau masakan tu tak kena dgn tekak kita, jgn le kata apa-apa, jangan makan. Mudah aje.

Akhirnya Allah tarik balik nikmat rasa makanan, apa yg dimakan semua tak sedap, minum air pun muntah. Jenuh jumpa doktor, diagnos doktor tiada apa yg masalah. Doktor sekadar kasi ubat tahan muntah dan vitamin. Aku scan, ini macam kes 'sumpahan makanan'.
Amikla iktibar disebalik yg tersirat..