Followers

Ahad, 24 April 2011

Jangan Jaga Tepi Kain Orang


Dalam masyarakat Melayu ada satu pepatah yang begitu terkenal yang menggambarkan kepedulian masyarakat yang begitu mendalam terhadap hal ehwal orang lain. Terkenalnya pepatah ini sehingga ianya sering digunakan oleh orang Melayu dan mungkin juga orang bukan Melayu dalam perbualan harian berbanding dengan pepatah-pepatah yang lain. Pepatah yang dimaksudkan ialah ‘jangan jaga tepi kain orang’ yang membawa maksud jangan ambil peduli hal orang lain.
Sebenarnya elok ke tak jaga tepi kain orang nih? Zaman pun kurang pasti sebenarnya. Mari kita sama-sama menyingkap kebaikan dan keburukan menjaga tepi kain orang.

Dalam konteks kejiranan, kat pejabat, kawan-kawan, dan saudara-mara kita kenalah tegur menegur. Kena jaga tepi kain depa (hah, keluaq loghat utagha aku). Setakat tepi kain saja tau. Yang tak boleh kita jaga sampai ke dalam kain itu. Ambil berat orang kata, sekadar melaksanakan tanggungjawab kita jaga menjaga sesama insan.

Tengok kawan muka sembab lain macam, tanyalah.

"Kenapa? Gaduh dengan Mizan lagi ke?"
"A'ah."
"Awak ok?"
"Ok, sikit saja."
"Baguslah, kalau ada apa-apa yang boleh saya bantu beritahu ya."

Itu contoh jaga tepi kain orang. Kat bawah ni pula contoh jaga sampai ke dalam kain orang.

"Kenapa? Gaduh ngn Mizan lagi ke?"
"Hmm..."
"Hish... awak ok tak ni? Nampak macam tak cukup tidur je."
"Taklah sikit saja."
"Kenapa? Dia keluar dengan betina tu lagi ke?"
"Tak."
"Habis kenapa? Dia hisap dadah? Eee... awak jangan biarkan tau, susah nanti. Saya pun kenal Mizan tu pot pet pot pet..."

Jadi, kena tahu takat kita sebagai kawan sampai mana. Maka, saya sangat sokong kita mengamalkan sikap ambil tahu tepi kain orang. Itu tanggungjawab kita sesama kita.

*p/s : Tolong ambil perhatian ye kepada yang berkenaan. huhu..

3 ulasan:

rose lyza berkata...

kalau org tu x pakai kain cmna??jadi jaga tepi seluar la ek??hahaha

sEcaWaN hORlick berkata...

ikut la seluar ke, blous ke, jeans ke, track ke.. janji kain.. huhu

norfazirah dol berkata...

pada saya, terpulang dengan pemahaman seseorang tu tentang istilah jaga tepi kain orang. Yela, kalau kita ambil dari segi positif, tak salah nak ambik tahu hal orang nama pun kehidupan bermasyarakat kan? Tapi ada orang salah gunakan istilah ni yang akhirnya bukan hanya jaga tepi kain tapi selak dalm kain..oppss..terlebih sudah..tQ..