Followers

Jumaat, 14 Ogos 2009

Pengalaman Berasaskan Sekolah menjelang lagi

Setelah setahun setengah belajar pada kursus pra ijazah, saya memang tertunggu untuk mencari pengalaman sebenar di sekolah. Pembelajaran teori sepanjang berada di dalam kelas membuatkan perasaan tidak sabar untuk mencari perasaan sebenar menjadi guru mendengar murid-murid memanggil saya sebagai guru. Pelbagai teknik, kaedah dan strategi telah diajar oleh pensyarah-pensyarah institut perguruan untuk dipraktikkan di sekolah apabila menjadi guru kelak.
Tanggapan awal saya mengenai program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini ialah suatu program untuk memberi pengalaman mengajar kepada kita di sekolah secara formal. Tetapi, setelah mendengar penerangan yang diberikan oleh pensyarah di bahagian unit pendidikan barulah saya tahu akan objektif sebenar program PBS ini dibuat. Penerangan diberikan seminggu sebelum kami pulang bercuti di kampung kerana PBS akan di bermula setelah sekolah dibuka selepas cuti.
Saya tidak memilih sekolah lama kerana ramai guru-guru saya yang mengajar saya dahulu masih berada di sekolah itu. Ada kebaikan dan ada juga kekurangan jika saya memilih sekolah lama saya. Antara kebaikannya saya senang untuk mendapatkan maklumbalas daripada guru-guru dan memudahkan interaksi saya dengan pihak sekolah. Namun saya lebih sukakan sesuatu yang baru dan lebih mencabar. Oleh sebab itu, saya memilih Sek. Keb. Paya sebagai sekolah pilihan saya untuk menjalankan PBS. Saya memerlukan kemahiran berinteraksi yang lebih tinggi untuk berkomunikasi dengan guru-guru di sekolah yang tidak pernah saya jejak. Saya juga perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah kerana saya belum pernah menjejakkan kaki di sekolah itu.
Pada awalnya saya merasakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah sangatlah berat kerana pelbagai perkara atau maklumat perlu kita dapatkan daripada pihak sekolah. Saya sering terfikir bagaimana kiranya pihak sekolah yang saya jalankan PBS itu tidak memberi kerjasama sepenuhnya kepada saya. Apa yang saya harus lakukan dan bagaimana saya hendak menangani masalah itu?
Pelbagai harapan saya tentang PBS untuk kali pertama ini. Antaranya ialah tidak mendapat masalah dengan pihak sekolah. Pihak sekolah berpuas hati dengan kerja yang saya lakukan dan di harapkan tidak ada sebarang bentuk kecil hati atau terasa daripada guru-guru sekolah itu atas perbuatan dan tingkah laku saya sepanjang berada di sekolah itu. Selain itu, saya berharap tugas yang diamanahkan oleh pensyarah dapat saya selesaikan secepat mungkin tanpa tangguh-tangguh ketika berada di sekolah itu. Saya akan cuba mengikut tugas yang diberikan mengikut hari yang telah ditetapkan oleh pensyarah supaya saya tidak leka. Saya juga sangat berharap pihak sekolah menerima saya sebaik mungkin.
Pada penglaman PBS yang lepas walaupun pada hari pertama saya berada di sekolah tersebut, saya dapat menyesuaikan diri di seklah tersebut. Pengalaman bersama 18 guru pelatih lain dari pelbagai institut perguruan telah saya manfaatkan bersama mereka. Mereka tidak kekok untuk berkongsi masalah, pengalaman atau bahan untuk tugasan PBS ini. Rata-ratanya mereka dari Institut Perguruan Perlis, Institut Perguruan Ilmu Khas dan Institut Perguruan Kuala Terengganu.
Pasa hari pertama lagi, saya terpaksa menggantikan guru yang bermesyuarat. Memang ia merupakan peluang yang saya tunggu selama ini. Saya terpaksa berhadapan dengan murid-murid yang agak aktif ketika di dalam kelas. Melihat kepada keadaan mereka, saya mengambil pendekatan untuk mengadakan sesi suaikenal dan seterusnya bermain lawan teka-teki sesame mereka. Ternyata sambutan yang diberikan daripada murid agak memberangsangkan.
Terdapat beberapa kelas lagi yang terpaksa diganti kerana ramai guru terpaksa keluar menjalankan tugas rasmi. Jadi, kami seramai 19 orang ini terpaksa menggantikan kelas yang ketiadaan guru. Pengalaman mengajar tahap 2 merupakan sesuatu yang sukar. Mereka sudah pandai memberontak dan mempertikaikan apa yang di cakapkan oleh guru mereka. Oleh itu, guru perlu mengawal keadaan dan memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menjawab pertanyaan mereka.
Selain daripada menggantikan kelas, saya banyak menghabiskan waktu di bilik mesyuarat dan pusat sumber dengan menyelesaikan tugasan yang diberikan bersama guru-guru pelatih lain. Mereka banyak membantu saya dalam menyelesakan tugasan. Walaupun mereka dari major yang berbeza iaitu Pendidikan Jasmani, Pendidikan Pra, Sains dan Matematik dan lain-lain.
Walaupun seminggu berada di sekolah tersebut, banyak perkara dan pengalaman yang saya dapat. Antaranya ialah mengenai pengurusan sesebuah sekolah dari mengurus seorang murid hinggalah mengurus pentadbiran sekolah. Sebenarnya pengurusan sesebuah sekolah bergantung kepada semua pihak. Kita tidak boleh mengharapkan Guru Besar sahaja untuk mengurus. Kerana itu, Guru Penolong Kanan1 dan Guru Penolong Kanan Hem serta PK Kokurikulum merupakan tunjang utama bersama Guru Besar untuk mendidik anak bagsa kita.
Saya juga masih lagi berhubung dengan guru-guru pelatih yang menjalankan PBS di sekolah tersebut sebagai menandakan bahawa ikatan hubungan sebagai guru pelatih dan kawan tidak putus. Ramai kenalan baru yang saya dapat sepanjang PBS ini. Ini bermakna saya telah manfaatkan sepenuhnya semasa PBS ini dijalankan.
Pada PBS kali ini, harapan saya semoga sama-sama kita mengambil pengalaman sebanyak mungkin. Saya berasa sangat beruntung kerana diberi peluang untuk mendekati pihak sekolah dan juga murid. Saya sering teringat akan keadaan semasa saya mengajar di dalam kelas di mana murid-muridnya sungguh baik dan manja. Guru di sekolah itu juga yang tidak lokek memberi tunjuk ajar kepada saya teruma guru panetia Bahasa Melayu yang banyak mengajar saya tentang pembuatan RPH.

SELAMAT MENJALANI PBS........

2 ulasan:

~NOOR HASZWANI BT MOHD YUSOFF~ berkata...

a very good writing...
keep it up..
=)

sEcaWaN hORlick berkata...

ek?
thanks ya wani..
huhu....