Followers

Pages

Ahad, 16 Januari 2011

Khurafat Menghantui Di Panggung




Zaman Mohammad baru saja selesai menyaksikan filem seram terhebat setakat ini selepas Jangan Pandang Belakang. Filem Khurafat ini juga memaparkan aksi seram diluar jangkaan kita. Harus diingatkan bahawa anak-anak kecil dan ibu-ibu yang mengandung tidak digalakkan untuk menonton filem ini. Berdasarkan tinjauan saya semasa di dalam panggung, ramai yang menjerit dan takut untuk melihat babak-babak seterusnya terutama babak-babak pada waktu malam.


Ceritanya mengenai Johan (Syamsul Yusof) dan isterinya Aisyah (Liyana Jasmay) yang sering diganggu oleh makhluk halus atau hantu sebaik saja pulang dari kampungnnya. Johan pulang kekampung untuk melawat ibunya yang sedang sakit. Dalam perjalanan pulang dari surau bersama Pak imam, orang kampung meminta tolong pak iman untuk merawat Pak Aziz yang dirasuki hantu. Johan yang berada di tempat kejadian terkejut melihat keadaan Pak Aziz yang dirasuki hantu. Sebenarnya, Pak Aziz telah lama meninggal tetapi hantu peliharaannya telah mengambil alih jasad Pak Aziz. Dengan ilmu yang Pak imam ada, hantu tersebut berjaya dihalau keluar.
Pulang ke bandar, Johan sering diganggu oleh hantu. Isterinya juga turut menerima nasib yang sama. Ex-gf Johan iaitu (Sabrina Ali) pula selalu memujuk Johan untuk pulang ke pangkuannya. Tetapi Johan begitu setia pada isterinya. Sabrina Ali berjanji tidak akan melepaskan Johan. Akhirnya sabrina Ali membunuh diri kerana Johan tidak menerimanya kembali.
sebenarnya Johan bekerja di rumah mayat di sebuah hospital. Dia yang menguruskan mayat Sabrina Ali. Dalam perjalanan menghantar jenazah Sabrina Ali ke kampung halamannya, hantu tersebut mengganggu Johan sehingga van jenazah tersebut terhumban ke dalam gaung.
Selamatkah Johan dalam insident itu? Apakah punca gangguan hantu tersebut? Saksikan sendiri di pwagam berdekatan. Zaman Mohammad pasti degupan jantung anda akan lebih pantas daripada biasa.

Antara pelakon yang menjadi tunggak utama filem ini.. Syamsul Yusof, Liyana Jasmay dan Sabrina Ali.





Tiada ulasan: