Followers

Pages

Isnin, 10 Januari 2011

Analisis AJL 25



Mari kita saksikan pemenang-pemenang AJL 25 pada kali ini:
Persembahan Terbaik = Faizal Tahir
Vokal Terbaik = Hafiz
Tempat Pertama = Ana Rafali
Tempat Kedua = Black dan Meet Uncle Hussin
Tempat Ketiga = Hafiz



AJL pada kali ini agak kurang hebatnya berbanding dengan AJL yang lalu. Namun, dengan persembahan Faizal Tahir melalui lagu Hanyut telah menghidupkan kembali pentas AJL 25.
Tidak cukup dengan itu, gimik yang dipersembahkan oleh Faizal Tahir dalam lagu tersebut begitu hebat dan mengagumkan. Walaubagaimana pun, lagu tersebut hanya mendapat Persembahan Terbaik.



Melalui persembahan Ana Rafali yang mempersembahkan permainan silap mata dengan menukar pakaian dalam sekelip mata agak menarik perhatian. Lagu tersebut telah pun mendapat Tempat Pertama dalam pentas AJL 25 pada kali ini.

Tahniah juga kepada Black dan Meet Uncle Hussain melalui lagu Drama King. Kombinasi yang cukup mantap antara bekas pemenang vokal terbaik dan lagu terbaik iaitu Meet Uncle Hussain.



Tidak disangkakan bahawa Hafiz akan mengungguli anugerah vokal terbaik dan Tempat Ketiga pada malam ini . Walau bagaimana pun diingatkan bahawa peserta-peserta lain juga tidak kurang hebatnya.

Apapun, AJL pada malam ini penuh dengan silap mata, lakonan dan gimik-gimik yang hebat.
Kepada band-band Indie, tahniah juga kerana berjaya masuk ke Anugerah Juara lagu ke 25.
Harap pada tahun hadapan, AJL akan lebih menonjolkan persembahan-persembahan yang lebih hangat lagi.

3 ulasan:

rose lyza berkata...

sedih faizal juz dpt 1 anugerah..n klu bleh xnk anna rafali menang...nk artis len..huhu

Secawan Horlick berkata...

HUM..smua org agak yg faizal menang.. tp kputusan gantung kepada tangan juri.

alin berkata...

bila bandsix nk msuk AJL?
huhuhu