Followers

Pages

Selasa, 26 April 2011

Cinta Bagi Lelaki dan Perempuan


Secara kasarnya, semua lelaki dan wanita yang membaca tulisan ini pernah bercinta. Tidak mustahil juga ramai yang sedang hangat bercinta. Dalam bercinta, bagaimana saya memandang cinta sebagai lelaki. Dan bagaimana pula pandangan perempuan mengenai cinta.

Memang, membahas dan mengertikan cinta itu sendiri bukanlah perkara yang mudah kerana ia bersifat subjektif. Secara kampungnya, cinta boleh dikatakan sebagai sebuah perasaan yang sangat mendalam.

Natalie Angier dalam bukunya yang berjudul Women an Intimate Geography menyatakan cinta adalah sebuah perasaan yang universal sehingga hari pupusnya manusia (kiamat la).

Mari kita menyingkap apa itu cinta dari dua mata jantina yang berbeza.

Perempuan: cinta=perhatian
Lelaki: cinta=kepercayaan
Salah satu tanda cinta bagi perempuan adalah perhatian. Sekecil manapun perhatian yang diberikan pasangan, perempuan akan merasa istimewa dan dicintai. Misalnya, menerima SMS setiap hari walaupun ucapannya “nite”, “luv u”, “hi”.

Sementara buat lelaki(aku), yang menyamai erti perhatian ialah kepercayaan. Lelaki menganggap jika pasangan yang dicintainya memberikan kepercayaan penuh padanya, itu bererti sang kekasih meyakini bahwa ia telah melakukan yang terbaik bagi mereka berdua. Lelaki tak suka dibanjiri SMS(contohnya aku). Tambahan lagi jika sms berbunyi begini, "Kamu di mana?" Selain mengganggu, pesan ini seolah-olah menunjukkan yang mereka tidak memercayai kita.

Perempuan: perlu pengertian
Lelaki: perlu penerimaan

Selain perhatian, hal lain yang perempuan perlu dalam perhubungan adalah rasa dimengerti atau difahami. kita memang sulit memahami mereka. Namun, kita mempunyai cara untuk mengatasinya. Sebenarnya lelaki diberi kemampuan mendengarkan keluh kesah si perempuan tanpa menghakimi. Ia juga dapat memberikan empati(macam kesian la). Contohnya “Kesiannya yang. Bersabarlah, ada hikmah disebalik semua ni”.

Sementara, perempuan yang sudah tidak berdaya mengubah kita sebagai lelaki akhirnya dengan penuh cinta menerima kita apa adanya. Dan, inilah yang membuat lelaki merasa bahagia dan sangat dicintai. Contohnya kurus, banyak merepek, buat lawak bodoh, makan bunyi dan sebagainya. Akhirnya, “lantak kat abang la macam mana pun. Sayang Abang..”

Perempuan: ingin dihormati
Lelaki: ingin dihargai

Perempuan akan merasa dihormati bila lelaki menganggap, mengakui dan mengutamakan hak-hak, harapan dan keperluan-keperluan kita. Alah, lelaki mesti paham punya.

Sedangkan bagi lelaki, penghargaan atau dihargai merupakan reaksi yang perlu ditunjukkan bagi perempuan. Jika usahanya dihargai, lelaki akan tahu bahwa usahanya tidak sia-sia. Hal ini boleh mendorong lelaki untuk lebih berusaha lagi untuk perempuan kesayangan mereka. Lelaki yang merasa dihargai lebih bersemangat dan terdorong untuk lebih menghormati pasangannya.

Perempuan: perlukan kesetiaan
Lelaki: perlukan rasa kagum

Betul atau tidak, ketika kita sedang jatuh cinta, kita selalu ingin pasangan berada di sisi kita. Kalau boleh 24 jam penuh (bodyguard pun ada shift). Ini menandakan kita memang sangat menginginkan kesetiaan mereka. Bagi lelaki, mereka merasa bila si pasangan mengagumi dan menghormati hak-haknya, dengan ikhlas dia akan membaktikan diri dan menyanjungi pasangannya.

Perempuan: mengharap ketegasan
Lelaki: mengharap persetujuan

Setiap pasangan yang baru memulakan hubungan, biasanya akan menunjukkan sikap persetujuan dan ketegasan. Sebagai contoh, lelaki “Besok kita dating k”. Lelaki mengaharpkan persetujuan dari si perempuan. Manakala perempuan pula mengaharpkan ketegasan dari lelaki. Contohnya, lelaki “Abang sayang kamu”. Itu merupakan kata yang tegas. Contoh kata yang tidak tegas “Abang rasa abang sayang kamu la”. Kepada perempuan, cakap get lose kepada lelaki mcm nie k.

p/s : *berdasarkan pemerhatian kasih sayang antara emak dan ayah yang saling sayang sehingga sekarang.

5 ulasan:

Miss Bieb berkata...

Entri menarik. Usai membaca entri ini, saya dapat serba sedikit input berguna untuk memahami lelaki. Thanks! :)

rose lyza berkata...

mm..haha..sebab tu aku x msg hg sgt..tambah2 time mlm, main tdoq camtu ja..hahaha...actually, btol la tu..i dah paham sgt la dengan u yg..mmmuah!! hahaha

Zaman Mohammad berkata...

trima kasih..

ain nadzirah berkata...

betul tue! setuju sgt. tapi aku rasa perempuan pun ade rasa ingin dihargai.

Zaman Mohammad berkata...

huhu.. kalau mcm tu hargailah dia sblum dia hilang dalam hidup kita..