Kita mestilah mempunyai jati diri yang teguh. Jati diri melambangkan keperibadian hidup seseorang. Jangan jadi seperti lalang. Mengikut saja arah angin yang meniupnya. Lalang tidak berdiri dengan teguh.
Begitu juga kita sebagai manusia. Pepatah JANGAN JADI SEPERTI LALANG diwujudkan supaya kita tidak terikut-ikut atau tidak mempunyai jati diri yang kuat dalam diri kita.
Pertamanya, aku mengambil beberapa contoh berdasarkan situasi di sekeliling aku .
Situasi 1:
Ali merupakan rakan sebilik Abu. Abu merupakan seorang perokok tegar. Abu juga merupakan rakan baik Ali. Abu sentiasa merokok dihadapan Ali. Abu juga sering mengajak Ali untuk cuba merokok. Dalam tempoh masa terdekat, mungkin Ali tidak berkeinginan untuk merokok. Tapi, jika berbulan-bulan, rasa ingin mencuba dan mengikut perangai Abu wujud dalam diri Ali. Jadi Ali perlu mempunyai jati diri yang kuat untuk menjaga dirinya. Jika dirinya seperti lalang, dia akan mudah mengikut perangai Abu.
Situasi 2:
Ana merupakan seorang yang cantik dan bergaya. Dia pandai menggayakan baju dengan gayanya yang tersendiri. Dia juga memakai perfume yang bernama Carolina Herrera. Oleh kerana perfume tersebut wangi, ramai rakan-rakannya yang ingin membeli perfume tersebut. Ana tidak selesa kerana bau wangian yang sama dengan orang lain menukar perfumenya kepada Hilton Perfume. Perkara yang sama berulang apabila rakan-rakannya menggunakan perfume yang sama. Terdapat beratus-ratus jenis perfume di dunia ini, kenapa harus perfume yang sama dengan ana juga digunakan? Oleh itu, kita harus mempunyai satu pegangan dalam hidup kita yang jangan mudah untuk mengikut orang.
Situasi 3:
Aku ada terdengar perbualan beberapa wanita diluar. Mungkin situasi ini kurang menyenangkan.
“Tengok gaya tudung aku. Macam Fatin Liyana tak?”.
“Aku pulak macam Yuna tak?”
“Aku, tudung mcam wahida kan?”
Mengikut trend bagi aku memang tiada salah. Tapi biarlah berpada-pada. Jangan mudah terpengaruh. Kawan perempuan aku daripada lawa hilang keayuan wajahnya kerana mengikut ternd yang tidak sesuai dengan mukanya.
Jadi, secara pukalnya JANGAN JADI SEPERTI LALANG.
BE YOURSELF IS BETTER THEN WHAT YOURSELF WILL BE..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan