Followers

Pages

Khamis, 28 April 2011

Cinta Orang Tua

Cinta Orang Tua

Orang dulu, cintanya terjalin selepas kahwin. Jodoh pula ditetapkan oleh kedua orang tua mereka. Mungkin hal ini terjadi kerana zaman dulu tiada laman sosial seperti facebook, frienster, tagged, blogger, sms dan sebagainya. Jadi, pencarian jodoh mereka agak terhad. Zaman sekarang, dengan zaman yang serba canggih, cinta begitu mudah dicari dan dijumpai. Masalahnya terjadi apabila cinta mula tersemai di dalam hati. Jadi, nampak tak beza orang dulu menemui cinta dengan orang sekarang menemui cinta.

Apabila banyak orang menemui cinta, banyak juga yang putus cinta. Terputusnya cinta ini terjadi dengan pelbagai alasan dan rintangan. Antaranya bila hadir orang ketiga, halangan daripada kedua orang ibu dan bapa, jarak yang jauh, kesibukan study, dan macam-macam lagi (ini merupakan alasan didengari dari telinga oleh telinga pengarang sendiri).

Tidak dinafikan kebanyakan kes-kes cinta terputus di tengah jalan ini disebabkan oleh kaum lalaki. Saya mengambil contoh antara alasan yang sering digunakan oleh kaum lelaki iaitu halangan dari ibu bapa. Ibu bapa memang nakkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Antara alasan yang diberikan kepada pasangan mereka katanya “bapa Abang nak abang kawin dengan orang dekat. Kalau jauh susah nak balik kampung. Harap faham k”. Memang la si perempuan ni faham ayat melayu tetapi yang tidak faham nye kenapa soal kebahagian dan jodoh bagi si lelaki ini, ibu bapa yang tentukan.

Antara lainnya ialah ibu bapa si lelaki tidak suka akan perempuan dari negeri sekian-sekian. Contohnya kaum Pluto hanya mahu jodoh anak lelakinya dari kaum Pluto sahaja. Jadi, dari mana nak berlakunya perkembangan sesebuah keluarga jika menantu pun dari rumah jiran sebelah.

Kepada ibu bapa, jangan risau kerana anak lelaki anda tidak akan melupkan anda. Mereka perlu bebas mencari cinta hati mereka.

Ini merupakan tips nak break up yang sesuai untuk lelaki yang disyorkan oleh Dr. Zizan. Sama-sama kita saksikan video ini.



3 ulasan:

ain nadzirah berkata...

sepatutnya mereka yg couple nie perlu ingat destinasi couple tue adalah pekahwinan..mcm tue xdelah senang2 jer nak putus.. ^^


hehe..video tue jgn di ikut..

rose lyza berkata...

betul la tu..org laki yg ngok je bg alasan cmtu..

Secawan Horlick berkata...

huhu.. no komen..