Followers

Pages

Selasa, 26 Oktober 2010

Rumah ku Syurga ku

Ada rumah kat tengah-tengah bendang tu...

Dh dekat 2 bulan x balik rumah. rasa rindu sangat kat rumah. jdi, nk lpas kan rindu aku pon nk luahkan kat dalam blog ni. hum..
Apa yang korang tengok kat atas ni gambar rumah aku.. yang tak jelas tu kena zoom la skit.. celik mata luas-luas.. huhu.. rumah aku betul-betul di tengah bendang.
Aku ni orang kampung ja. Orang kampung mcm aku ni biasa la, bila masuk town jadi jakun la skit.. Jakun tu korang cari la kat Kamus Dewan ye.. Kebanyakan orang kampung aku jadi petani menguruskan bendang dan kerja-kerja kampung. Termasuklah ayah dn bonda tercinta. Rezeki dan periuk nasi kami bergantung kepada bendang yang korang nampak kat atas tue.
Dulu aku selalu bayangkan aku menjadi anak orang kaya. saja syok-syok bayang.. kyayalan peringkat tinggi punya.. haha.. tp aku sedar, untuk menjadi senang dan kaya kita harus berusaha dan percaya akan rezeki Tuhan.

Nak tengok gambar rumah aku jelas skit? Kali ni x payah buka mata luas-luas.. Jauhkan mata anda skit dari monitor. Takut rosak mata tu plak nanti.

Ni la rumah ku syurgaku.. baru lepas renovate..

Dulu rumah aku rumah kayu. Dua tingakat bawah simen atas kayu. Simen pon just simen half ja.. Tapi rumah aku dulu seram beb. Bahagian atas rumah tak ada sapa jejak kaki. Bila dh lama x naik, faham-faham la.. Rumah yang ditinggalkan lebih daripada 3 hari akan dihuni oleh penghuni misteri. Rumah atas aku plak berbulan-bulan tak dak sapa nak naik. Ye la..yang ada kat rumah tu pon just aku, mak n ayah ja. Jadi, aku bagi cadangan kat ayah, jom kita renovate rumah ni buat rumah batu full simen. huhu.. ayah aku pon bersetuju dan menyuruh aku membuat kertas kerja untuk diserahkan kepada mak aku. ye la.. nk buat lulus bank kena dapat kebenaran mak dulu.. ayah aku pon takut kat mak.. haha.. korang jangan takut bini k.
Jadi, terbina la rumah ni mengikut ala kadar saja.. simpanan x banyak jd cuma rumah mcm ni ja la yang mampu dimiliki kami sekeluarga. Pada aku rumah hanya tempat untuk kita berteduh dan berlindung. Walau mcm mana pun rumah kita, yang penting kita bahagia dengan keluarga kita. Rumah aku syurga aku.. rumah korang syurga korang la.. Jmpa lagi kat nest post.. Salam.

7 ulasan:

rose lyza berkata...

mcm pnah tgk la umah ni..tp kt mana ek?? mcm umah bakal mak mntua cek ja...hahaha...koya la 2..nk gtau umah dia cantik dlm suasana permai..kih3

Hafizzuddin Rubaee berkata...

kredit kpd abg kamus

Tanpa Nama berkata...

bad n ros: rumah ko tu dh ckup utk muatkn ank 10 org yer..
huhuhuhu
selamat pengantin baru
;p

Secawan Horlick berkata...

adoiyai.. hanya berkongsi kedamaian di kampung bersama kamu semua.. huhu..

rose lyza berkata...

lin toek: hg yg anak 10..aku x...
hahahaha..

Tanpa Nama berkata...

hahaha~
klau rzki dpt 10 apa salahnya kan~
hahaha~
tp jodohku jauhlah lg berbanding korg atau tidak kutemuinya lagi..
huhu

Secawan Horlick berkata...

bolh ja nak banyak anak tp pandai beranak pandai jaga la ek.. huhu..